Sunday, May 10, 2009

ROTAN MURID


DULU CARI PANDAI HARAP BERKAT

JANGAN JADI KILANG BELACAN


Oleh: Mokhtar Petah


Pada tahun 1941, saya dimasukkan ke sekolah Melayu, Sauk, Kuala Kangsar bersama lebih enam puluh orang kanak – kanak sekitar kawasan Sauk; sekolah laksana kilang, dari jumlah mnurid itu hanya kira - kira dua orang sahaja yang berjaya melonjakkan diri ke sekolah menengah dan menempa nama masing – masing di langit zaman.

Sekolah tersebut menerima murid – murid dari kampung – kampung: Sauk, Changkat Pinang, Biong, Seterus, Kunyit, Changkat Duku dan sekitar pulau dalam Tasik Chenderoh, Ngor, Jenali Hilir dan Jenalik Hulu (telah berlaku trgedi al Ma'unah).

Saya masih ingat, pada hari bapa saya menyerahkan saya kepada Guru Besar sekolah tersebut, Yeop Hasnan,bapa saya telah berkata kepadanya:

Cekgu, saya serahkan anak saya, Mohd. Mokhtar ni belajar di sekolah Cekgu ...”

Ia, ia, Encik Petah,” sahut guru besar itu sambil meletakan tangan kanannya atas kepala saya dan membelai – belai kepala saya.

Kalau anak saya ni, Mokhtar ni, buat jahat, pukullah dia ..., jangan patah …, cacat …, mati sudahlah …,” kata bapa saya kepada guru besar itu.

Ia, ia …,”sahut guru besar itu.

Guru besar senyum. Dia merenung kepada saya. Hati saya gundah; mungkinkah guru itu akan memukul saya. Pada ketika itu juga saya berazam, akan belajar bersungguh – sungguh dan jadi murid yang baik.

Sebelum diserahkan saya kepda guru besar itu, pada usia saya enamn tahun, bapa dan ibu saya, Jahara binti Haji Jaafar – buta huruf rumi, tapi celik huruf Arab dan Jawi - , dia boleh membaca Quran dan kita – kita bertulisan Jawi.

Mereka telah mendidik saya dengan akhlak mulia, iaitu: Hormat orang tua dan guru dan kasihankan kanak - kanak dan orang tua. Tidak boleh melawan dua ibu bapa dan guru, walaupun guru bukan orang Melayu atau orang bukan Islam.

Kata bapa saya, ” Melawan ibu bapa berdosa besar.”

Ibu berkata, ”Lawan guru berdoa, ilmu diajar tak berkat, ...jadi tak kelulu (perngai tak baik).

Bapa murid – murid yang lain tidak melakukan seperti bapa saya menyerahkan saya kepada gurfu besar. Mereka hanya menyerahkan anak masiang – masing kepada guru besar atau guru lain dan pulang.

Pada masa itu memang zaman guru menyiat kulit. Meeka memukul dengan kayu pembarid yang di tepitnya terselit besiu tajam. Menyebat dengan rotan seni kering yang dihujung dipecahkan sebagai mulut ular. Atau dengan apa sahaja yang ada di tangan mereka.

Dari jumlah murid yang masuk bersama saya di sekolah tersebut, setelah tamah perang dunia keduam hanya Yusof bin Abdul Ghani dari Cangkak Duku berjaya melanjutkan pelajara ke sekolah Trade School, Ipoh. Saya dapat melanjutkan poelajar ke solah menengah Clifford, Kuala Kangsar, tetapi saya telah melanjutkan pelajaran ke skolah agama, saya cenderung belajar ilmu Islam dan bahasa Arab.

Murid – murid lain tinggal tertsdai di kampung. Ada yang bekerja sebagai penoreh getah, buruk kasar dan pada masa Inggeris menakluk semula Tanah Melayu, mereka bekerja sebagai Polis Khas.

Yusof bin Abdul Ghani kemnudiannya bekerja dalam pasukan polis. Abdu Hassan bin Awang Kecil dari Changkat Duku juga bekerja sebagai anggota polis dan Ramli bin Awang bekerja dalam masukan Askar Melayu.

Saya telah mencebuRkan diri dalam bidang kewartawanan dan penulisan.

MELAWAN GURU

Demikian gambaran peranan guru dan murtid pada zaman saya. Tetapi pada zaman ini ibu bapa tidak mengizinkan anak – anak mereka dirotan oleh guru.Kalau guru melakukan demikian, perkara itu akan tiba ke balai polis dan hingga ke mahkamah.

Kaji selidih yang saya telah lakukan, pada masa ini ibu bapa mahu anak mereka pandai. Guru tidak boleh merotan atau memukul. Walau pun sepuluh guru di sekolah mengakui anak mereka nakal atau jahat, tetapi ibu bapa tetap mengaku anak mereka tidak nakal dan jahat.

Pada masa ini ibu bapa tidak mahu mencari berkat dari Allah dengan anak mereka tidak melawan guru atau mereka sendiri beritndak terhadap guru.Maka, belakulah pada masa ini murid melawan guru, kacau kawan, merokoh, dera kawan,curi wang kawan dan kacau murid perempuan.

MELAKUKAN RASUAH

Apabila mereka bekerja dalam jabatan kerajaan, mereka tidak bertanggungjawab, curi tulang, malakukan rasuah dan seumpamanya.

Ulama terkenal pada sekitar tahun 1930 – 50-an, Allahyarhamsheikh Abdullahe Fahim (lihat buku : Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos '57, oleh: Mokhtar Petah).

Semalam, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Fguad Zarkasi telah berkata di Batu Pahat, bahawa hukum merotan murid akan diperkenalkan semula. Orang ramai yang mahu keberkatan anak mereka tentulah mnengalu – alukannya.


PARTI POLITIKI

Tetapi kita 'didera oleh prasangka' , bagaimana jika maurid yang dirotah itu jadi nakal atau jahat, tidak dapat menangkap ajaran akibat dari guru merka cuai, malas, lebih mengutamakan parti politik atau pertubuhan dan tidak berdaya kreatip serta bertanggungjawab sebagai guru?

Pada masa ini ada guru (termasuk pensayarah universiti) seperti ketam mengajar anak berjalan betul, tetapi mereka berjalan mengereng walaupun di bukut, di padang mahupun di pantai.

Saya mendapati dari kajian, sebilangan besar murid sekolah rendah dan menengah yang menjadi lembab otak, suka makan ajar, nakal atau jahat disebabkan, makanan mereka yang diberi oleh ibu bapa mereks sendiri, iaitu makanan dari hal haram atau zatnya haram.

Di antara hasil haram, ialah:

1 – Hasil dari rusan riba.

2 - Hasil dari amalan rasuah.

3 - Hasil dari judi dan loteri dan sebagainya.

4 - Hasil dari kerja curi tulang dan tidak amanah.

5 - Hasil menpu.

6 - Hasil dari samun atau curi.

7 - Hasil pelacuran dan yang hampir

dengannya,seperti

hasil filem yang berpegangan dan pelukan lelaki

dan perempuan. Hasil lagu suara wanita.

8 - Hasil dari harta anak yatim.

9 - Pembahagian harta pusaka tidak saksama.

10- Hasil menjual ayat Quran.

Dalam hal ini Kementerian pelajaran perlu melakukan penyelidikan mendalam kapada pihah guru dan ibu bapa, agar sekolah tidak menjadi seperti kilang belacan. Hasil keluarannya memang sedap tetapi busuk.

Di sekolah rendah dan menengah mesti dititik beratkan didikan akhlak Is;lamian dan kurangkian terikut – ikuk akan budaya atau kemajuan barat.

Saya berharap, Timbalan Petrdana Menteri dan Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Dr. Mohd.Fuad Zarkasi dapat merenung prestasi semua jenis guru, sikap iri hati atau dengki terhadap pegawai bawahhan yang rajin dan gigih bekerja, mungkin ada pegawai curi tulang) di kalangan para pegawai atau pengarah dalam semua jabatan – jabatan di bawah kementerian pelajaran.

Muhyiddin dan Dr, Mohd, Fuad Zarkasi adalah bertanggungjawa menjaga kilang yang akan melahirkan hasil pengeluarannya, manusia berilmu, bermodal insan , beramanah dan berakhlak mulia.

(Tamat).

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.