Monday, May 18, 2009

QURAN

 
QURAN
Apa sahaja yang menjadi urusan kalian dan apa sahaja yang kalian baca dari Quran, apa sahaja pekerjaan yang kalian kerjakan, maka Kami menjadi saksi kalian. Pada ketika kalian melakukan pekerjaan itu dan tidak hilang dari (pengetahuan) Allah walau sebesar zarah (atom), di bumi, di langit dan juga (apa - apaan) yang lebih halus dari itu dan yang lebih besar, semuanya adalah nyata (terang) dalam kitab (Quran) . – Yunus:61


HADIS

  RASUAH

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:Laknat Allah akan menimpa orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah dalam hukum ( dalam menjalan pemerintahan). 
  – Perawi: Imam Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi.
Rasulullah Muhammad s.a.w. melaknat orang yang memberi rasuah dan yang menerima rasuah dan orang yang menjadi perantaraan antara keduanya.
  – Perawi: Imam Ahmad.



 PETUA


 
ANGGOTA MASYARAKAT

Untuk menjadi anggota masyarakat yang baik, henkalah brbaik dengan jiran tentangga, mengambil tahu akan susah payah anggota masyarakat, beramanah, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
***                  ***

   
  TAHUKAH?


  TUNKU ABDUL RAHMAN

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra seorang yang berjuang kerana bangsa dan negaranya dengan tidak mengira halal atau haram. Pada masa hendak meluluskan Lotri Kebajikan Masyarkat sebagai milik kerajaan, Tunku telah berkata, bahawa sungguhpun loteri itu haram, tetapi dia sanggup tanggung dosa kerananya.


  HAKIM

Cikigu Ahmad Awang, Setiausaha Agong PAS pada tahun 1954, adalah kanan sekolah Melayu Paya Keladi Kepala Batas, Pulau Pinang. Allahyarham telah menyuruh murtidnya bernama Abdul Hamid bin Haji Mohamad melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris. Muridnya itu adalah Yang Arif Tun Dato Seri Abdul Hamid Haji Mohamad, bekas Ketua Hakim Negara.
Pada tahun itu ada tiga orang murid dalam kawasan Kepala Batas yang ditsakdirkan Allah menjadi individu – individu pemnting kepada negara kemudiannya. Mereka, Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia (Permatang Bertam), Tun Abdul Hamid Haji Mohamad, bekas Ketua Hakim Negara (Paya Keladi) dan Allahyarham Tan Sri Murad bin Mohd. Nor, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Penaga)

  
  PANGLIMA BUKIT GANTANG

Dato’ Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz (Perak), adalah Menteri Besar Perak yang terak yang terakhir pada zaman penjajah Inggeris, salah seorang pejuang kemerdekaan Tanah Melayu, Setiausaha Agung UMNO Malaya dan salah seorang anggota rombongan bersama Tunku Abdul Rahman Putra menuntut kemerdekaan kepada Kerajaan Inggeris di London, tetapi pada masa Tanah Melayu di ambang kemeredekaan, beliau dikhianat oleh rakan seperjuangannya dalam UMNO dengan tujuan untuk menjadi Menteri Besar Perak pertama, pada 1957. Beliau dipecat dari parti kebangsaan Melayu tersebut. 


   




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.