Thursday, May 14, 2009

QURAN

MENYERAH DIRI

Maka tidak, demi Tuhan anda (Muhammad s.a.w.), mereka itu tidak
beriman (kepada Allah) sehingga mereka menghakimkan anda
(Muhammad s.a.w.) dalam apa - apa yang menjadi pertelingkahan
di kalangan mereka, seterusnya mereka menyerah diri
dengan sepenuh - penuhnya. - An Nisa': 65.


HADIS


BELALANG EMAS


Nabi Muhammad s.a.w. teloah bersabda (bercerita): Pada ketika
Nabi Ayub sedang mandi dalam keadaan bertelanjang, (tiba - tiba)
jatuh ke atas (badan)nya seekor belalang emas, lalu (diambil
dan) dimasukkan ke dalam kainnya. Allah berfirman kepadanya,
Hai Ayub, Kan aku telah mengurniakan kecukupan (nikmat),
sehingga anda tidak memerlukan kepada apa yang anda lihat itu?
Jawab Nabi Ayyub: Ia, hai Tuhan hamba, tetapi hamba tetap
memerlukan keberkatan (dari) anda.


PETUA


RAKYAT PERAK

Tidak ada jalan lain bagi rakyat Negeri Perak - Melayu, Cina dan India - untuk mengatasi krisis politik dan istan, melainkan mendesak secara serius, supaya para pemimpin mengambil jalan jujur dan bijaksana untuk bersatu dan menyatukan semua parti politik bagi membentuk sebuah 'Kerajaan Perpaduan'.
Percayalah krisis itu, selain dari menjejaskan kedauulatan Sultan dan maruah orang Melayu, terus menerus akan merugikan negeri kerana perbicaraan dalam mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memerlukan wang untuk katung para peguam - peguam berniaga -, kankah wang itu milik kerajaan dan milik rakyat yang beberbagai peringkat?
Percayalah, selagi manusia berajakan hawa nafsu; apabila lapar hendakkan makanan, setelah makan, kenyang. Apabila telah kenyang, hendakakan senang. Setelah senang, hendakkan menang. Untuk menang mereka (pihak kerajaan) tidak menggunakan wang mereka sendiri.
sebenornye duit keghajaan engkome dan duit ghakyat jelate.
Bolehlah kita gunakan kata - kata jenaka orang Melayu kawasan Parit, Perak: "
Bior pape asalkan bergaye" atau " Bior pape (negeri) asalkan dapat kuase."


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.