Mokhtar Petah (03hb Julai 1934)

Selamat Hari Keputeraan yg ke-76 tahun (3 JULAI 1934 )

Sunday, May 24, 2009

PILIHAN RAYA KECIL PENANTI



DUN Penanti: PKR lawan tiga bebas


Pilihan raya kecil DUN penanti menyaksikan pertandingan empat penjuru antara tiga calon Bebas dan calon PKR.

Walaupun empat calon bebas mengemukakan kertas pencalonan, pencalonan Mohd Saberi Othman ditolak kerana tidak memenuhi syarat.

Pegawai Pengurus PIlihan Raya, Roslan Yahaya mengumumkan calon yang diterima kertas pencalonan mereka ialah Dr Mansor Othman dari PKR dan tiga calon Bebas ialah Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Rosli. Sebanyak enam bantahan dikemukakan terhadap kertas pencalonan yang dikemukaan oleh callon-calon.

Terdahulu proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Penanti, bermula jam 9 pagi Sabtu menyaksikan empat calon bebas tampil mengemukakan pencalonan masing-masing di samping calon PKR Dr Mansor Othman sebaik pusat penamaan calon dibuka.

Calon Bebas yang terawal memasuki pusat penamaan calon ialah bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah diikuti oleh Dr Mansor yang kemudiannya diikuti oleh seorang lagi calon Bebas, Mohd Saberi Othman.

Kira-kira 9.20 pagi seorang lagi calon bebas, Nai Khan Rai, seorang warga keturunan Siam kelihatan memasuki pusat penamaan calon sambil diiringi oleh pencadang dan penyokongnya.

Apa yang menarik perhatian ialah caon Bebas yang keempat iaitu Kamarul Ramizu yang pernah bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang juga kelihatan memasuki pusat penamaan calon.

Kira-kira 1,500 penyokong PKR berarak mengiringi calon mereka. Antara pemimpin pembangkang yang hadir ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Mohamad Sabu, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta pimpinan kanan PKR. Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Penanti dijalankan di Dewan Perdana IKBN Bukit Mertajam.
(Berita ini dari Agenda Daily, 23 Mei 2009)



Mokhtar Petah at 8:40 AM

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.

‹
›
Home
View web version

About Me

My photo
Mokhtar Petah
"Aku terus menulis sehingga ada orang menulis sesuatu kalimat atas kain kapanku". Berpengalaman dalam bidang kewartawanan dan penulisan sejak 1954. Menjadi Penasihat Hal Ehwal Politik Sultan Idris Shah ibni Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak.
View my complete profile
Powered by Blogger.