Monday, May 25, 2009

NIK AZIZ MURSYIDUL 'AM PAS




Nik Aziz

Berdasarkan keupayaan manusia menggunakan akal dan ilmu pengetahuannya, mampu menjadikan ddirinya kaya – raya, maka Rasulullah s.a.w. Merasa optimis tentang mnasa depan umatnya. Tetapi apa yang dibimbangkan, ialah pengaruh kekayaan itu terhadap diri manusia.

Ramai orang mampu menghadapi kemelesetan hidup, tetapi tidak kurang juga tergoda dengan kesenangan dan kemewahan hidup, sehingga menjerumuskan kepada hufur nikmat. Malah tidak kurang juga yang menjadi hamba (harta) dunia, asyik menghimpunkan harta kekayaan tanpa menginfakkan kepda perkara yang menuju akhirat.

Sewaktu meeka menghimpunkan harta dengan penuh kecintaan sehingga meeka lupa bahawa kekeyaan yang ada itu tidak membebaskan dirinya daripada kemiskinan, iaitu kemiskinan amal kebajikan yang sepatutnya dapat dilakukan dengan harta yang banyak itu.

Banyak contoh tentang manusia (zaman) dahuolu yanhg tidak tahu mensyukuri nikmat Allah. Para penghimpun harta seperti Qarun dan Tha'labah yang akhirnya mati dalam laknat Allah, bersusah payah mereka menghimpunkan harta, sedangkann harta itu tidak dapat menyelamatkan daripada bahaya api neraka.”

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.