Saturday, May 2, 2009

NIK AZIZ MURSYIDUL 'AM PAS




[Nik+Aziz+sidebar.jpg]

Nik Aziz


"Bersedekah kerana adat itu umpamanya ialah adat memberi sumbangan pada ketika khenduri nikah kahwin. Kenduri perkahwinan adalah ibadah. Majlis jamuan kerana meraikan pasangan lelaki perempuan yang telah dijab kabulkan dengan akad nikah merupakan tuntutan agama, menbghdiri jemputannya adalah satu kewajipan.

Kesucian agama janganlah dicemari dengan adat ciptaan manusia, sepereti adat bersanding dan juga adat memberi sumbangan (hadiah kahwin) yang masih menjadi amalan di kebanyakan tempat di negara kita. Adat tertsebut akan menimbulkan kesan nagatif, kerana akhirnya si miskin yang tidak mempunyai wang untuk menyumbang, mereka malu untuk hadir ke majlis kenduri perkahwinan itu. Akhirnya si miskin tridak dapat menghadiri majlis jamuan itu.

Majlis perkahwinan yang dianjurkan oleh Islam mempunyai hikmah, iaitu untuk menjalin silatur rahim antara penduduk sesuatu tempat sama ada miskin atau kaya. Tetapi apabila orang miskin hatinya tersinggung disebabkan tidak ada wang hendak disumbangkan kepada tuan majlis itu, menyebabkan mereka tidak lagi boleh bersama dalam majlis jamuan seperti itu.

Terdapat di kalangan mereka yang mengadakan khenduri secara besar - besaran dengan berhutang bergadai, kerana mereka berharap segala hutang itu akan dapat dibayar apabila menerima sumbangan duit ringgit dari orang yang berkunjung ke majlisnaya nanti. Malah ada yang sudah menjangkakan jumlah wang yang akan diperolehi, seolah - molah khenduri itu ibarat pernbiagaan.

Kesimpulannya, Islam menganjurkan melakukan sedekah dalam perkara - perkara keperluan untama seperti air dan api, terutama dalam perkara yang dikatakan sedekah jariah, iaitu sedekah yang berterusan."




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.