“Saya sedia bertemu dengan dengan pemimpin pakatan pembangkang bagi membincangkan kemelut politik di Negeri itu (Perak).
“Sultan Azlan memutuskan pelantikan Dato' Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar setelah mengambil kira Barisan Nasiaonal negeri itu memperolehi majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.
Kepeutusan itu dibuat selepas meneliti suRaT perakuan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri yang menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional.
Mengikut sistem demokrasi di negara ini, rakyat memilih wakil rakyat dan Sultan di negeri - negeri akan melantik calon yang mewakili parti yang mendapat majoriti anggota Dewan Undangan Negeri untuk menjadi Menteri Besar.
MELANGGAR PERLEMBAGAAN
Sultan Azlan menggunakan prosedor yang sama melantikj Dato' Seri Mohamed Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, selepas pakatan pembangkang menang majoriti kerusi ada pilihan raya umum 2008.
Jadi, jangan salahkan Tuanku. Baginda menggunakan kaedah dan prinsip yang sama ketika melantik Zabry sebagai Menteri Besar yang baru dan tindakan Tuanku itu tidak boleh dianggap melanggar Perlembagaan.
(Pada) ketika Pakatan pembangkang menang majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri Perak selepas pilihan raya umum lalu, ia pun bukanlah gabungan parti yang berdaftar.
Atas kedudukan ini, sekiranya Sultan Perak hendak melantik semula Dato Seri Tajol Rosli Ghazali sebagai Menteri Besar, baginda boleh berbuat demikian kerana Barisan Nasional adalah parti tunggal berdaftar yang mendapat majoriti kerusi di Dewan Undangan Negeri Perak pada masa itu.
SISTEM DEMOKRASI
Tetapi, atas semangat demokrasi berasaskan ketetapan yang dibuat oleh wakil rakyat daripada tiga parti pembangkang (Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS) di negeri itu,Tuanku sebaliknya mendapatkan surat perakuan mereka dan melantik Mohamed Nizar sebagai Menteri Besar.
Perlantikan Zambry melalui proses yang selaras dengan Undang – Undang Tubuh Negeri Perak serta sistem demokrasi di negara ini.
Yang menjadi masalah, dia (pembangkang) tidak terima dan menyusahkan proises ini berjalan seperti yang mereka lakukan di Dewan Undangan Negeri Perak sekarang. Siapa suruh gantung Menteri Besar dan Exco Barisan Nasional daripada menghadiri Dewan Undangan Negeri Perak. Ini bertentangan dengan semangat demokrasi berparlimen.
Tindakan begitu juga boleh diumpamakan seperti Barisan Nasional yang mempunyai majoriti kerusi di Parlimen bertindak menggantung 20 anggtota anggota parlimen pembangkang jika Barisan nasional mahu.
“ ...masuk akalm dalam sistem demokrasi, bila sesebuah parti mempunyai majoriti, speaker boleh gantung enam anggota parti itu. Jika begitulah keadaannya, kita pun boleh gantung enam orang anggota mereka di Parlimen.” - Sumber: Utusan Malaysia, Sabtu, 16 Mei 2009.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.