Wednesday, May 13, 2009

KRISIS POLITIK DI NEGERI PERAK

BN BERKUASA UNTUNG MELAYU

Oleh: Mokhtar Petah

Krisis politik di Negeri Perak sekarang menuntut kebijaksanaan dan keadilan Sultan, Azlan Shah; jika bubar Dewan Undangan Negeri, selepas pilihanraya nanti, nescaya kuasa Melayu lemah dan negeri itu dikuasai oleh orang Cina.

Jika Sultan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri, krisis akan terus berlarutan dan yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi habu. Rakya tidak mendapat sebarang faedah.

Pada 10 Mei, Mahkamah Tinggi telah memutuskan Dato' Seri Ir. Mohamed Nizar Jamaluddin masih sah sebagai Menteri Besar Perak, tetapi sehari kemudian, Mahkamah Tinggi (bahagian rayuan dan kuasa – kuasa khas) telah memberi tempoh kepada Zambry sebagai menteri besar hingga keputusan Mahkamah Rayuan di perolehi nanti.

TERUS BERKUASA

Saya berpendapat, bahawa pada masa ini, tindakan Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri tidak akan mendatangkan sebarang faedah. Zabry dan Barisan Nasiona di takdirkan terus berkuasa juga tidak memberi faedah kepada orang ramai.

Jika sebilangan besar rakyat di Negeri Perak tidak puas hati dengan tindakan berdaulat Sultan Azlah melantik Zabry sebagai Menteri Besar kerana alasan – alasan dan Mahkamah Rayun membuat keputusan menyebelahi Barisan nasional, iaitu Zambry kekal menteri besar, orang ramai juga tidak puas hati.

Pada umum orang Melayu lebih cenderung dan yakin kepada UMNO – Barisan Nasional memerintah negeri itu kerana akan menjamin kesetabilan kuasa Melayu, tetapi kalau Pakatan Rakyat berkuasa, bukan sahaja kuasa Melayu terhakis, bahkan negeri itu akan dikuasai oleh orang Cina seperti Pulau Pianng.

KERIS PUSAKA

Kita telah mempelajari selama masa Pakatan Rakyat memerintah Perak, Menteri Besar, Ir. Nizar Jamaluddin (PAS) berkeadaan keris pusaka di dinding sahaja, kuasa tidak dapat dilaksanakan dan pengaruhnya tidak kuat kerana bilangan anggota Exco ramai orang Cina campur orang India.

Contohnya, keputusan mengeluarkan tanah kerajaan negeri – state land – termasuk tanah simpanan Melayu kepada penduduk – penduduk kampung baru dan lain dengan tempoh terlalu lama, Nizar sendiri tidak menyetujuinya, tetapi beliau tidak boleh berbuat apa – apa kerana suara orang Cina lebih banyak dalam masyuarat Exco negeri.

Jika Pakatan Rakyat terus berkuasa, jalan terbuka luas bagi orang Cina dan India menjadi lalang dalam ladang padi, akibatnya Negeri Perak tidak akan menjadi negeri yang aman.

AYAM JANTAN

Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai penesihat Parti keadilan Rakyat dan Haji Hadi sebagai Presiden PAS, walau bagaimana bertanggungjawab mereka kepada orang Melayu Negeri Perak, mereka hanya menjadi seperti ayam jantan berkokok di luar reban sahaja, sedang ayam – ayam betina dalam reban habis di makan musang.

Katakanlah, Nizar kembali berkuasa sebagai menteri besar, maka beliau akan kembali seperti keris banyak loknya yang hanyasebagai perhiasan terselit di dinding rumah pahlawan yang lumpuh. Begitu juga Zabry terus berkuas, maka negeri itu akan menjadi seperti sebuah sampan yang membawa daun – daun sirih bersama sekawan kambing sahaja.

Akibanya – kerana kita belajar dari sejarah – suatu tindakan yang tidak diingini dari rakyat yang akan menghapuskan perpaduan akan timbul. Jika kejadian itu berlaku, maka Anwar Ibrahimm Haji Hadi Awang, Najib Tun Razak dan semua pemimpin orang ramai mestilah bertanggungjawab.

MEMUASKAN HATI

Jalan untuk menyelesaikan masakah ini berada di tangan Najib Tun Razak, sebsgai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Ketua Badan Perhubungan UMNO Perak. Kebijaksanaan Najib, sesungguhnya akan memuaskan hati semua rakyat dan akan wujud semula perpaduan.

Najib telah berkata di Kuala Lumpur, bahawa pakatan pembangkang dan kerajaan perlu mempunyai sikap saling hormat menghirmati jika kedua – dua pihak mahu bejkerjasama bagi menangani kamlut politik di Negeri Perak.

Tanggungjawab ini juga terpikul atas bahu Anwar Ibrahim, Haji Hadi dan para pemimpin kaum Cina dan India.

TULUS IKHLAS

Bagi mengatasi krisis ini, saya kita sama ada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional mengambil jalan bermaufakat – kerjasama dengan tulus ikhlas kerana rakyat -, iaitu mengadakan ikatan kerjasama, dengan meembentuk 'Kerajaan Perpaduan' bagi Negeri Perak sahaja.

Kerjasama itu dengan memperaktik dan guna pakai seperti berikut:

1 - Membulatkan muafakat antara Pakatan Rakyat dengan Barisan

Nasional dengan menerima, bahawa kerajaan Negeri Perak

adalam kerajaan Barisan nasional dan Pakatan Rakayat atau

Kerajaan Perpaduan.

2 – Menteri Besar, Mohamed Nizar Jamaluddin dan Timbalan

Menteri Besar, Zambri Abdul Kadir.

3 - Speakr Dewan Negeri, dari Barisan Masional dan Timbalan

Sepekar dari Pakatan Rakyat.

4 - Anggota Exco sama banyak antara dua komponan parti – parti

politik yang memerintah Negeri Perak.

5 - Dari saat termenterai perjanjian kerjasama itu, semua kerusi

Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat di Negeri Perak

yang diawakil oleh parti – parti politik terus dikekalkan selagi

ada pakatan tersebut.

SAMA RATA

Saya kira kerjasama ini praktikal, jika benar- benar ikhlas mahu menjaga kepentingan rakyat dan terus menjunjung ke daulatan Sultan.

Dalam kerajaan baru itu semua tindakan, pembangunan dan membahagian habuan tidak lagi berlaku pilih kasih atau memilik penyokong. Ertinya pernuntukan bagi pembangunan di beri sama rata di kawasan penyokong Barisan Nasional dan penyokong Pakatan Rakyat.

Ertinya tradisi kerajaan Perak semenjak merdeka, membantu kawasan wakil rakayat Barisan Nasional sahaja dan mengenepi kawasan wakil rakya pembangkang

mestilah dihapusakan.

Dengan wujud ya kerajaan perpaduan, saya kira kedaulatan Sultan tidak di ungkit oleh rakyat, tidak lagi wujud perpecahanan dan rakyat akan harmoni. Mungkain kerajaan demikian pahit bagi mnereka yang tidak jujur kepada rakyat, tetapi manis bagi orang yang mementingkan Sultan, rakyat dan keharmonian dan kemamuran rakyat jelata.









2 comments:

  1. mike penulis upahan umno ke?

    matlebor.

    ReplyDelete
  2. cadangan tuan nampak lebih profesional dan lebih berfaedah kepada rakyat .tapi masing2 bolih ke merendahkan diri demi kesejahteraan rakyat . itu aja persoalannya . kemelut di sini adalah disebabkan rasa tinggi diri .

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.