‘Tanggungjawab seorang isteri bukanlah suatu tugas yang ringan, bahkan, bahkan mereka boleh menentukan keebahagian, kedamiaan sesebuah rumah tangga dan keelokan peribdi anak-anak pada masa depan.
Oleh yang demikian seorang isteri dan ibu itu mestilah mempelajari atau mengetahuai sedalam-dalamnya segala pengetahuan tentang bagaimana meletakkan rumahtangga dan keluarga di senggahsana keharmonian.
Sebagai guru yang pertama bagi kanak-kanak, seorang ibu itu harus selalu berwaspada dengan penuh kesabaran dalam mendidik anak-anak dan melayani suami.
Demikian pendapat Datin Sa’adah Abdul Samad, isteri Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu, Dato Ishak Tadin.
Katanaya, sungguhpun suami menjadi ketua dalam sesebuah rumah tanggan, tetapi isterilah yang paling berat tanggunjawabnya.
Selain dari mempunyai tanggungjawab terhadap suami, isteri juga mempunyai tanggungjawab dalam mendidik anak-anak, mengurus rumah tangga supaya merasa selesa bila berada di dalamnya.
Dalam mendidik anak-anak, kata Datin Saadah yang memounyai tiga orang cahaya mata itu, ibu hendaklah memiliki sifat kesabaran yang amat tebal, mempunyai sifat bertolak ansur dan lain-lain lagi sifat terpuji.
“Kita juga mesti melupakan segala keinginan sebagai seorang wanita, seperti untukmenghadiri majlis makan malam, keluar negeri yang melibatkan terpaksa berpisah dengan anak-anak berhari-hari dan lain-lain lagi …,” tegas Datin Sa’adah.(Wartawanita, FauziahRauf, Utusan Melayu, 1987.
Petang semalam, Bertempat di sebuah restoran eksekutif, Kelab Tasik Perdana, Kuala Lumpur, seorang perempuan bertelekung dengan baju kurung, berwajah muda dari usianya, duduk di sini anak lelakinya, Rizak, dan senyum kepada saya. Senyumannya kepada saya sama dengan senyumannya 35 tahun lalu.
35 tahun lalu, perempuan ini tidak bertudung kepala.Lincah orangnya. Mengambil banyak bahagian dalam badan amal – membantu anak yatim, ibu tunggal, orang miskin dan fakir dan sebagainya.
Dan 35 tahun lalu hingga kini, dia menilaikan cinta suaminya paling berharga bagi hidupnya dan ditambahkan kepercayaan suaminya kepada sukar diu dapati oleh kebanyakan wanita lain.
Saadah
Perempuan ini isteri kepada bekas pegawai tinggi kerajaan Malaysia – Tan Sri Ishak bin Tadin (buiu biografinya: Ishak Tadin, Jasanya Terukir Di langit Zaman,oleh: Mokhtar Petah, akan terbit.).
Ishak Tadin yang pada zaman mudanya sekorang pegawai menapat nama jolokan ' Razak Boy' – orang harapan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak, adalah bekas pegawai tinggi di Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Timbalan Pengerusi Mara, Setiasuaha Kerajaan Negeri Perak, Pengurus Besar Keretapi, Ketua Sertiausaha Kementerian Pengangkutan dan Ketua Audit Negara.
“Saya bertuah, suami saya pegawai tinggi kerajaan, tidak berfoya – foya dan tak menduakan saya, is cintanya kepada amat penuh dan amat suci,” kata Saadah dengan wajahnya berseri.
“Suami saya memperberi amanah sepenuhnya kepada saya, dia sebagai tinggi kerajaan tak ada masa sepenuhnya dalam rumah tangga, sayalah menjadi ibu dan ayah mendidik dan mengatuh anak-anak menuntut pelajaran,”katanya.
“Aman suami, saya pukul, saya mendidik anak-anak di rumah,mengambil tahu akan oelajaran anak-anak …, syukur anak-anak kami tgelah mendapat didikan tinggi.
Seorang anak perempuan mereka, Isharida, seorang peguam, Anak lelaki, Rizal perunding perdagangan dan anak perempuan, lepasan sebuah kolej.
Saadah menceritakan, betapa suaminya menyayangi negaranya, yang kadang – kadang dia terasa suaminya lebih menyayangi negara dan tanggungjawabnya daripada menyayangi isteri dan anak-anaknya.
“Saya seorang ibu kepada anak-anak kami …, kadang – kadang saya rasa diri saya ini macam ibu kepada rakyat dan negara ini, kerana suami saya sangat bertanggungjawab kepada negara,” kata Saadah lagi.
“Kerana cianta kami, saya jadikan diri saya isteri sejati dan ibu yang kuat memegang amanah suami,” katanya lagi.
Kini Ishak Tadin telah bersara. Saadah masih bertneaga untuk menumbangkan khidmat baktinya kepada orang ramai dan negara. Selain dari memegang jawatan penting dalam UMNO bahagian bandar Tun Razak, dia melakukan banyak amal kebajikan dalam beberapa badan atau pertubuhan kebajikan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.