Friday, May 22, 2009

HAL EHWAL POLITIK


KEPENTINGAN UMMAH


UMNO BERSATU DENGAN PEMBANGKANG


Oleh: Mokhtar Petah

Jika UMNO mahu meneruskan perjuangan membela Melayu dan tidak mahu tenggelam selepas pilihan raya umum ke -13 nanti, parti Melayu itu perlu adakan perubahan serius dan bersatu atau kerjasama dengan parti pembangkang.

Seorang bekas menteri kanan Barisan Nasional dan anggota Majlis Tertinggi UMNO paling terkenal berpendpat demikian pada waktu temu bual dengan beliau pada lewat petang semalam, di pejabatnya, dalam sebuah kawasan ekselusif di Kuala Lumpur.

Beliau yang tidak mahu didedahkan namanya, berkata, “ Dato Seri Najib mesti adakan perubahan, tidak bercakap sahaja untuk berubah, saya yakin, kalau UMNO tidak ada prubahan, pilihan raya umum ke – 13,ia akan tenggelam.”

Sebilangan besar orang Melayu tidak percayakan UMNO lagi, kerana “UMNO masih mengamalkan nasional kapitalis, orang Melayu beragama Islam dan rata – rata dari mereka berkeadaan tertekan oleh kuasa kapitalis terutama dalam bidang ekonomi,” katanya.

UMNO parti Melayu, memang orang Melayu sayangkan UMNO, bahkan mereka bergantung harap kepada UMNO, tetapi oleh kerana di kalangan atasan dalam UMNO tidak bereibawa, tidak menekankan perjuangan membela orang Melayu dan takut kepada bangsa lain, maka menyebabkan sebilang besar orang Melayu tidak menubelahi UMNO lagi,” tambahyan.

Menjawab pertanya, “ UMNO patut berubah, ubahkan dasarnya dari nasionala kapitalis kepada Islam dan bekerja sama dengan parti politik yang berjuangkan Islam dan negara Islam.”

Selagi UMNO tidak bekerjasam dengan PAS dan tidak ada pembaharuan, selama itulah orang Melayu, terutama golongan muda tidak akan menyebelahi UMNO, kecuali mereka yang buta Islam,”tegasnya.

MEMIMPIN NEGARA

Sambil mengakui kewibawaan Najib Tun Razak memimpin negara, beliau mengakui Najib tidak akan berjaya memimpin orang Melayu dan ummah selagi dia tidak mengadakan perubahan serius dalam UMNO dan parti itu tidak bekerjasama dengan parti pembangkang.

PAS juga sekarang ni sedang tersepit antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat - PKR yang memperjuangkan Sosio – demokrasi,maka untuk keluar dari keadaaan itu PAS perlu bekerjasama dengan UMNO, kerana PAS dan UMNO sama – sama menjunjung agama Islam,” tegasnya lagi.

Bekas menteri itu berpendapat, UMNO tidak boleh bergantung harap kepada MCA dan GERAKAN, kerana kebanyakan ahli kedua parti itu tidak percayakan UMNO lagi tidak mereka bekerjasama dengan pihak parti pembangkang.

PARTI POLITIK

Ditanya, bagaiamana kalau UMNO menolak kedua parti politik itu, dan bekerjsama dengan DAP, beliau yakin UMNO akan kuat dan mendapat sokongan dari sebilangan besar orang Cina.

Tapi jangan ada Lim Kit Siang dan Karpal Singh,”katanya.

Kalau UMNO bekerjsama dengan PAS, orang – orang bukan Melayu – Cina dan India yang faham akan Islam akan menyokong kedua – dua parti politik Melayu dan Islam itu.

Menutunya, UMNO dicemoh oleh orang Melayu kerana di antara sebab- sebab yang diabaikan oleh para pemimpoin UMNO sendiri,di antaranya:

1 – Sejak lama para pegawai di Jabatan Perdana Menteri

tidak membenarkan orang – orang UMNO biasa datang

ke pejabat untuk menemui Perdana Menteri, tetapi orang -

orang Cina yang terdiri dari ahli perniagaan, di benarkan,

kerana di antara pegawai itu menjadikan pintu masuak ke

bilik Perdana Menteri itu sebagi perniagaan.

2 - Kebanyakan pegawai tinggi kerajaan dan pegawai biasa

bekerja tidak jujur, curi tulang, amalkan rasuah, khianat

atau dengki kepadas pegawai bawahan yang gigih

dan dedikasi.

3 - Wakil – wakil rakyat masuk ke kampung menaiki kereta

mewah seperti menunjuk – nunjuk.

Untuk merapatkan hubungan Perdana Menteri dengan orang ramai – orang kampung di luar bandar, hendaklah adakan pegawai khas Perdana Menteri yang mewakili Perdana Menteri untuk bertemu terus dengan rakyat. Mereka itu terdiri dari pegawai – pegawai yang merwakili orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan sebagainya.

GOLONGAN ATASAN

Menurut bekas menteri itu, pada masa lalu hingga masa ini, Perdana Meenteri (Presiden UMNO) terlalu jauh dari rakyat luar bandar tetapi rapat dengan golongan atasan dan korporat.

Beliau tidak setuju kerajaan menggunakan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran metametik dan sains, kerana menurutnya, bahawa kita mempunyuai bahawa rasmi, iaitu bahasa Melayu, mengapa hendak menggunakan bahasa Inggeris.

Semua rakyat dan pelajar mesti belajar bahasa Inggeris, bahasa Inggeris tidak boleh dijadikan bahasa pengantar mata pelajaran,” ujarnya.

Jerman, Belannda, Indondsia dan negara – negara lainb tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengatar ilmu pelajaran, tetapi mereka itu lebih maju dalalam bidang sains dan teknologi berbqnding dengan negara kita, “ujarnya lagi.

Sambil senyum sinis, beliau mengaku, bahawa para pemimpin kerajaan yang masih mendewa – dewakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengatar bagi mata pelajaran sains dan metamatik, adalah orang yang belum merdeka jiwa dan fikiran.



*** ***


BUKU SEJARAH! AKAN TERBIT!


NOOR ISKANDAR

ANWAR IBRAHIM

DALAM

SEJARAH ALAM MELAYU


*** ***







No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.