KRISIS POLITIK
Setelah Ghazali Jawi diberhentikan oleh Yang Dipertua UMNO, Tunku Abdul Rahman dari meneruskan khidmatnya sebagai Menteri Besar Perak, kerana beliau ditangkap polis atas tuduhan melakukan rasuah.Tetapi beliau tidak dihadapkan ke mahkamah disebabkan usaha Tunku dengan pihak polis. Ghazali Jawi telah dilantik oleh Tunku dengan persetujuan Yang Dipetuan Agong, Tuanku Abdul Rahman untuk menjadi duta negara ini ke Republik Arab bersatu, Masir.
Seorang peniaga kilang kopi serbuk di Kuala Kangsar, tamat tingkatan menengah rendah sekolah Inggeris, Shaari Piai (kemudian diubah kepada Shafie) telah menggantikan tempat Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar yang kedua bagi Negeri Perak.
Sebaik – baik sahaja Shaari Shafie memegang jawatan Menteri Besar Perak, bheliau telah mengorak langkah dengan membuka peluang perdagangan baru di negeri itu, iaitu perdagangan dari hasil galian, batu besi (iron our). Batu besai ini di import ke Jepon.
Kerana ada cerita penyelewingan(rasuah dan sebagainya) yang berlaku di pihak Menteri Besar berhubungan dengan perdagangan batu besi itu, maka telah berlaku penentangan dari pihak UMNO Hilir Perak terhadap Menteri Besar yang dujuarai oleh Sulaiman Bulon.
'Pada masa inilah Kerajaan Perak mempunyai Timbalan Menteri Besar yang tidak termaktub dalam Perlembagaan negeri. Ia dilakukan denan keoutusan /Dewan Undangan Negeri dan diperkenankan oleh Sultan Perak. Timbalan Menteri Besar itu Allahyarham Sulaiman Bulon dari Hili Perak yang telah dikemukakan oleh Yang Dipertua UMNO juga.
Menteri Besar Perak yang ketiga ialah Allahyarham Haji Ahmad bin Said dari Lenggong.Menteri Besar yang ke empat, Allah yarham, Dato' Haji Kamaruddi bin Mat Isa, Menteri Besar yang ke lima, Tan Sri Haji Mohd. Ghazali Jawi(kali yang kedua). Dato Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh (Allahyarham) dari Grik dikemukan oleh Presiden UMNO menjadi Menteri Besar Perak yang keenam. Pada 20 Oktober 1982, stelah Dato' Seri Wan Mohamed uzur, Encik Ramli Ngah Talib dilantik menjadiu Pemangku Menteri Besar, dan pada 1 Mac 1983 beliau dilantik menjadi Menteri Besar Pereak yang ke tujuh. (Mokhtar Petah, Kejayaan Bersama, Mata Publication, Kuala Lumpur, 1995)
(bersambung esok)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.