PKMM TOLAK KONTRAK SOSIAL
GOLONGAN MUDA MELAYU TIDAK
SOKONG UMNO?
Sesiapa yang menjalankan kaji selidik sejarah perjuangan orang Melayu menentang penjajah Inggeris pada zaman teknologi dan sains (1930-an dan 40-an), tentulah mendapati orang Melayu di negeri Perak yang awal berjuang dan paling ramai berbanding dengan orang Melayu di negeri – negeri lain.
Negeri Perak juga menjadi tapak penubuhan parti – parti politik Melayu – Islam sekitar tahun 1945 – 46.
Sebelum itu Kestuan Melayu Muda (PKM), dipimpin oleh Ibrahim Yaakob, ditubuhkan di Tanjung Malim kemudian diistiharkan di Kuala Lumpur.
Terdahulu dari artikel ini telah dijelaskan mengenai – mengenai parti politik yang ditubuhkan di Negeri Perak, iaitu;
1 - Parti Hizbul Muslimin, pimpinan Ustasz Abu Bakar al Baqir.
Ditubuhkan di Maahad Al Ehyausya Syarif , Gunung Semanggol, Perak,
pada mei 1945.
Parti politik ini berideologikan Islam. Bangsa dan negara Melayu.
Parti politik ini ditubuhkan di kalangan penuntut -penuntut peringkat
tinggi disekolah tersebut yang terdiri dari belia dari seluruh Tanah
Melayu. Di antara ahli Jawatankuasanya, ialah: Haji Hassan Yunus.
Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerekaan, beliau adalah
Menteri Besar Johor yang pertama, Ustaz Othman Hamzah, Gunung
Semanggol, Haji Harun bin Salleh Gunung Semanggol dan Sulaiman
Najib, Teluk Anson.
2 - Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah ditubuhkan
dalam sebuah hotel -FMS, di Pekan Lama, dalam Bandar Ipoh
pada Oktober 1945 dan Yang Dipertuanya, Dr. Burhanuddin Helmi dan
timbalannya, Ishak Haji Muhammad.Turut ditubukan dua sayapnya, iaitu Angkatan 'wanita Sedar – AWAS, dipimpin oleh Ustazah Shamsiah Fakeh (Negeri Sembilan) dan Angkatan Pemuda Insaf - API , dipimpin oleh wartawan dan Abdullah Sani atau Ahmad Boestamam (Perak).
Di antara anggota dan ahklinya:
1 – Dahari Ali - Wartawan.
2 – Musa Ahmad
3 - Rashid Maidin
4 - Kasaim Haji Din
5 – Baharuddin Tahir.
Parti Kebangsaan Melayu Malaysia memperjuangkan empat dasar negara,iaitu:
1 - Satu negara, Negara Melayu.
Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura adalah tanah pusaka bangsa Melayu. Tidak boleh menjadi milik bersama oleh keturunan pendatang, Cina dan India, sama ada dengan cara kontrak sosial, perkongsian kuasa dan sebagainya.
bangsa dalam lingkungan Melayu Raya yang meliputi
Campa, Thailand, Semenanjung Tanah Melayu,
Sumatera dan Pulau jawa atau disebeut dari Sabang
hingga ke Maroke dan Filipina.
Semua keturunan pendatang, Cina dan India yang bermastautin di negara ini, tidak lagi berbangsa Cina dan India, tetapi bangsa Melayu, iaitu (satu Melayu?).
Ada syarat tertentu, iaitu, bangsa Melayu merdeka tidak mesti duduk di bawah Raja pemerintah. PKMM berpendapat sama dengan umat Indonesia pimpinan Soekarno – Hatta, Raja pemerintah tidak penting kerana mereka hanya menjadi simbul atau pigora di tengah rumah sahaja.
PKMM menolak ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu dalah sama dengan cara hidup orang – orang Arab sebelum kedatangan Islam, iaitu Orang Arab yang menjadi tuan, golongan hartawan dan pembesar. Mereka menjadi tuan kepada orang – orang Arab miskin dan melarat.
Di Negeri Perak telah diamalkan ketuanan Melayu, iaitu pada zaman sebelum dan semasa Sultan Abdullah 1870-an. Pada masa itu orang Melayu yang bertaraf tuan memperhambakan orang Melayu bertaraf marhein. Ramai orang Melayu dijual kepada pelayar – pelayar dari Australia untuk dijadikan hamba mereka.
PKMM dan Hizbul Muslimin mempunyai pandangan, ketuanan Melayu tidak boleh wujud di Tanah Melayu. Islam tidak membezakan manusia dengan manusia. Manusia yang tinggi di sisi Allah ialah yang beriman dan takwa.
PKMM mewujudkan kuasa Melayu. Semua orang keturunan pendatang menjadi rakyat Negara Melayu dan tidak boleh menuntut dan mepertikaikan taraf dan kdudukan seperti yang sedang dilakukan oleh orang Cina dan India di negara ini sekarang.
adalaha bahasa Melayu. Tidak ada bahasa lain yang
menajdi bahasa rasmi arau separuh rasmi.
Semua sekolah, kolej dan universiti ialah Melayu. Tidak wujud sekolah, kolej dan universiti Cina.
Semua rakyat Tanah Melayu mendapat layanan yang sama mengikut
perlembagaan. Ertinya tidak ada Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Kalau mahu perpaduan yang sungguh dan ikhlas, hanya wujud satu jenis alian
sekolah sahaja, iaitu sekolah Melayu,kolej Melayu dan universiti Melayu.
4- Agama Islam, Agama Negara. Politik, ekonomi sosial
dan halk ehwal kehidupan rakyat Tanah Melayu
mengikut Islam dan bertuhankan Allah yang satu.
Jika Raja pemerintah masih wujud, mereka duduk di
bawah Islam dan mereka tidak berdaulat dengan
adat istiadat yang berlawanan dengan Islam, seperti
campur aduk dengan adat istiada Hindu, Kristian,
Farsi tua dan Siam (Budha).
Perjuangan orang Melayu seperti di atas telah mengalami kegagalan kerana setelah UMNO ditubuhkan, Dato Onn dan orang – orangnya dan kemudian Tunku Abndul Rahman dengan para juaknya telah mengikut telunjuk penjajah Inggeris, iaitu Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka mestilah diadakan kontrak sosial antara orang Melayu dengan orang – orang Cina dan India seperti yang wujud sekarang.
Golongan muda Melayu – terutama yang berpelajaran menengah dan tinggi tidak menyebelahi UMNO (tidak mengundi) kerana mereka menapati UMNO masih mengguna - pakai acuan dari penjajah Inggeris.
Nota: Untuk mendalami perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan, baca buku - buku di bawah ini:
1 - Bangsa Melayu Menggugat Dunia, Mokhtar Petah - Pustaka Amman Press,
Kota Bharu,Kelantan.
2 - Nikad Anak Watan (novel), Mokhtar Petah, Pustaka Titiwangsa,
Kuala Lumpur.
3 - Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu, Mokhtar Petah,
Art Media, Kuala Lumpur.
4 - Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Ibrahim Mahmood, Pustaka Antara,
Kuala Lumpur.
5 - Zulkifli Muhammad Dalam Kenangan, Mokhtar Petah, Pustaka Aman Press, Kota
Bharu, Kelantan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.