(sambungan semalam)
Pada masa ini genarasi muda Negeri Perak seperti genarasi muda di negeri- negeri lain di negara ini, iaitu mereka tidak mengetahui akan perjuangan datuk nenek mereka menuntut kemerekaan. Kalau ada yang mengetahui pun, mereka tidak 'ambil peduli' atau 'ambil kisah' kerana kebanyakan orang muda memandang sejarah 'satu belitan kepada kehidupan manusia' atau perakara yang remeh temeh. Kecuali mereka dari golongan berjiwa pejuang menandang sejarah negeri dan negara mereka penting.
Kabanyakan mereka tidak sedar, bahawa bangsa yang besar dan mulia adalah bahasa yang mengtahui sejara nusa dan bangsanya.Bangsa yang lemah dan tidak bermaruah, adalah bangsa yang tidak kenal dan tidak mengethaui sejarah nusa dan bangsanya.
Sebilangan besar orang Melayu menjadi lemah semangat, daya kastria dan lemah daya fikir kerana mereka tidak kenal dan tidak mengetahui sejarah nusa dan bangsa serta sejarah agama Islam.
Ramai belia Melayu di Negeri Perak tidak mengetahui sejarah perjuangan oranng Melayu menentang penjajah Inggeris di Pasir Salak, Sultan Abdullah dan para pembesar Melayu (membelakangkan rakyat) di pedaya penjajah Inggeris di atas kapal perang Inggeris, di perairan Pangkor supaya menandatangani 'Perjanjian Pangkor', sejarah perjuangan orang Melayu menentang pengganas komunis, menuntut kemerdekaan dan sebagianya.
MENJADI MANGSA
Pada sama silam, Negeri Perak seperti menjadi mangsa ketuanan Melayu (mereka yang tergolong dalam ketuanan Melayu pada zaman itu, ialah kalangan Istana dan Orang Besar – Besar dan golongan kapitalis Melayu). Rakyat jelata dikira dalam golongan patik (ert:anak anjing kurap) yang diangghap tidak termsuk dalam golongan ketuanan Melayu.
Apabila pekembangan agama Islam mengatasi adat istiadat dan kuasa Istana, maka rakyat Negeri Perak telah beralih kepada alim ulama dan mereka menumoukan kepada ajaran Islam yang dibawah oleh Nabi Muhammad s.a.w., iaitu semua manusia adalah sama di sisi Allah, yang dipandang tinggi oleh Allah ialah mereka yang beriman dan takwa.
Pada tahun 1930 – an dan 40- an telah wujud dua golongan ulama, iaitu
1 - Ulama kaum tua, iaitu ulama yang menghampu Raja atau
Raja dan Sultan. Ulama ini juga digelar ' ulama tembolok'.
2 - Golongan muda, iaitu ulama yang berpegang kepada Quran
Raja atau Sultan dengan buta tuli .
Pada tahun 1930- an kebanyakan orang Melayu yang berpegang kuat kepada agama Islam menganggap kemunduran orang Melayu dalam semua bidang kehidupan mereka ada beberapa sebab, di antaranya:
1 - Kerana pihak Istana dan Orang Besar - Besar Melayu.
2 - Wujudnya sekolah Inggeris, iaitu Malaysia Kolej Kuala
dan sekolah – sekolah lain termasuk sekolah yang
ditu buhkan oleh pihak gereja Kristian.
3 - Golongan Melayu yang dihitung dalam ketuanan Melayu menekan rakyat
biasa Melayu dan mereka juga menjadi orang tengah kapitalis Inggeris,
Cina dan India.
(bersambung esok)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.