NEGERI KEDAH
PEMIMPIN TIDAK BIJAK
Oleh:Mokhtar Petah
Apabila Dr. Mahathir Mohamad memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia (terlalu lama), keadaan Negeri Kedah seperti tidak diambil tahu. setiap kali beliau pulang ke Kedah, beliau hanya melawat Pekan Rabu. Mengenang peristiwa lama; beliau menjual goreng pisang. Keadaan ahli - ahli UMNO terabai. Hanya berharap kepada Menteri Besar.
Ada di antara para menteri besar itu berkeadaan duduk dalam istana.Mencari kekayaan. Saudagar - sadagar Cina menjadi rakan setia. Individu -individu penting dalam UMNO mengejar kekayaan, ke Pulau Langkawi, mendapatkan tanah komersial dalam bandar, terutama di Sungai Patani.
DITEMBAK MATI
Ada kisah menteri besar dengan perbuatan seks (entah benar entah tidak) di sebarkan oleh ahli-ahli (koperat dan politik kapitalis) dalam parti itu, melalui vidio.Mereka menuduh orang - orang PAS yang melakukannya.
Kesan targedi kampung Memali, Baling - Mualim Haji Ibrahim Libya ditembak mati oleh polis dan ramai orang PAS dtangkap dan dikurung di bawah kuasa ISA. Kesan dari oeriustiwa ini menjadi tugu orang Melayu hingga turun menurun.
Dr. Mahathir Mohamad bertanggungjawab. Tan Sri Musa Hitam pikul beban dan Menteri Besar Kedah, Dato Seri Othman Aruf terlibat sama.
HANYA BERLAGU
Para pemimpin UMNO di Negeri Kedah bergisir sesama sendiri. Ramai ahli UMNO melangkah keparti politik lain, tertuama PAS.
Sekarang Presiden UMNO nampaknya tidak yakin kepada tokoh - tokoh UMNO negeri tersebut. Beliau telah melantik Dato Shafie Afdal mengetuai Badan Perhubungan Negeri yang menjadi tempat lahir dua orng perdana menteri itu.
PERAHUKU SEMPIT
Dalam keadaan para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional pusat pun yakin, pada Pilihan Paya Umum 2008, Negeri kesayangan gadis mahsuri itu berputus kasih dengan UMNO- Barisan nasional; diperintah oleh Pakatan Rakyat dan Menteri Besarnya, seorang tokoh PAS yang sukar dipengaruhi atau ditentang oleh mana- mana tokoh UMNO.
Pada masa ini dan akan datang, ahli-ahli UMNO Kedan, hanya berlagu sedih kepada negeri mereka, "Hendakku bawa perahuku sempit, hendaku tinggal tak sampai hati".
Maka berlagulah pula Awang Selampit:
Telur itik dari Sanggora,
sayang pandan dilangkahi,
darah titik di Singapura,
badan terdampat di Langkawi.
Hendak ditanak cuma padi,
lembu Kedah tarik bajak,
Tidakku salahkan diri sendiri,
sebab pemimpin tidak bijak.
Kini Negeri Kedah telah menjadi negeri yangn kuat pengaruh PAS. subur pengaruh PKR. Tempat Dato Seri Anwar Ibarahim mengasah azam. Suatu masa terdekat, kebinet bayanganya, menjadi kenyataan memerintah negara ini.
Malaysia akan bertukar corang politik, iaitu dari nasional - kapitalis - peodalis kepada Sosio - Islam demokrasi.
Apabila tiba ke peringkat zaman itu, jika dikehendaki Allah, maka, akan berlakulah seperti ucapan Hakim Mahkamah Tinggi, Raja Azlan - kini, Sultan Perak, "... takhta akan dipindahkan ke muzium budaya."
(bersambung esok)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.