Saturday, April 11, 2009

Sajak

PAK TUA GIGI LURUH
(Untuk Kabinet 2009)

Pak Tua gigi luruh,
bakinya sebatang cuma,
air keroh kubang bercat.
pembersih tubuh tuanya,
sejak merdeka dipinggirkan.

Madah Perdana Menteri, Najib,
menyumbat telinga pak tua,
sepatah, sebutir pada adil dan jujur,
nilai integriti bela rakyat jelata;
rakyat didahulukan'

Pak tua gigi sebatang,
yakin hatinya kepada Perdana Menteri,
putera sulung PM kedua,
segunung budi selautan jasa,
pak tua hanya mendengar cerita.

“Aku di sini sejak merdeka,
telan cerita laksana madu,
hidup deritaku di sini juga,
nanti guruh hari tak hujan.
udara debu kemarau panjang”

“Kesungguhan dan semangat tinggi,
kepercayaan mereka dikekalkan.
Taat setia kerajaan dan watan,
negara kita berwajah baru,
adil dan sejahtera.”

Pak tua menelan liur tawar,
harapannya tinggi, setinggi langit biru,
Najib dapat mengubah keadaan,
dirinya bersama rakyat bergigi baru,
bayi bergusi segar dalam buaian.”

“Para menteri berbakar dan ujur.
bernilai integriti dan piawaian tinggi,
mengekalkan yakin -caya rakyat,”
suara Najib nekad seperti bapanya,
meredah awan meneroka rimba nusa.

Pak Tua bergigi sebatang,
laksana tiang reput bergoyang nanti rebah,
yakin amat hatinya,
Najib adil kepada semua warga,
tidak ada lagi pekik raung di jalanan.

Pak tua bersama rakyat miskin,
tawaduk hati melaung pada awan,
pada angin mengirim pesan,
kepada PM dan para menteri BN,
usaha diamal korup dan curang.

Jika sungguh bagai dikata,
anak cucu pak tua di sekutah semenanjung,
melangkah laut ke Sarawak, Sabah dan Labuan,
menikmati manis gula masin garam,
kepada tidak terdedah tidak telanjang kaki.

Pesan pak tua gigi sebatang;
“negara perubahan dan pembaharuan,
kukuhkan iman dan akhlak murni,
Quran dan Sunnah diguna sentiasa,
amal makruf perhiasan umat;

Usah bangga menegak diri,
sesama ummat rapatkan barisan,
hapuskan sengketa sesama insan,
negara makmur tidak sesat,
Allah reda rahmat sepanjang zaman.”

Pinggir Bukit Kayangan, Shah Alam ................Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.