Thursday, April 30, 2009

QURAN



JANGAN BERSELISIHAN


Hai orang - orang yang beriman, apabila kalian bertemu dengan pasukan (musuh), hendaklah berpendirian teguh dan sebutlah Allah sebanyak-banyak, agar kalian beruntung. Dan taatkan Allah dn Rasul - Nya dan jangan kalian bergisiran (berselisih antara umat Islam), jika kalian bergisiran, kemahuan (perjuangan) kalian menjadi lemah dan kekuatan hilang. Kalian hendaklah bersabar (berhati teguh), sesaungguhnya Allah asa bersama mereka yang berhati teguh (sabar). Dan janganlah kalian seperti mereka yang kekluar dari rumah mereka dengan sombong dan ketagih dilihat orang serta menghalangi (orang) dari jalan Allah, dan Allah itu mengetahui apa yang mereka lakukan. - Al Anfal: 45 - 47.


HADIS


ISTERI


Seorang lelaki telah datang menghadap Rasulullah dam memberitahu Junjungan: " Isteri saya telah menyebut (memberitahu orang lain) keburukan diri saya." Rasulullah teah menjawab: "Ceraikan dia." Lelaki itu berkata: "Dia ada pertsahabatan - kasih - dan ada anak." Junjungan bersabda: "Suruhlah dia. Beri kata dua kepadanya. Kalau dia masih baik, tentu dia akan mengikut kehendak anda, tetapi anda jangan memukul isteri anda sebagai mana anda memukul hamba anda."
- Perawi: Abu Daud, At Turmizi dan Bazzar.


PETUA

ORANG PANAS BARAN

Jika anda bersahabat dengan seorang, terutama perempuan yang panas baran,bercakaplah dengan dia dengan lemah lembut, adakan sedikit gurauan atau kata - kata yang mentertawakannya. Hati anda memohon kepada Allah agar dia kembali pulih atau tidka panas baran lagi dan membaca al Fatihah, basamalah dan Innahu min Sulaiman wa innahu bismil Lahir Rahmananir Rahim.Kau lembutkan hati dan perasaan ini seperti lembut bunga pada ketika lebah menghisap madunya." Insya Allah panas barannya beransur kurang dan dan hilang. Tetapi memakan masa.


*** ***


RAMALAN ULAMA

Getting down to business by Najib Razak

Najib Tun Razak

Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein, seorang lelaki bijaksana, sabar, sensitif dengan kesusahan dan penderitaan rakyat dan memandang jauh ke hadapan untuk kepentingan negara dan rakyat.
Sebagai seorang wartawan, saya sering bercakap dengan beliau. Tiga perkataan beliau yang saya kira hikmah: sabar, amanah, gigih kerja, bertanggungjawab, cari orang pandai jadi rakan, jadikan Allah rakan, jadikan rakyat keluarga dan jadikan negara rumah kita.

Pada satu malam, 1970-an, di Taiping, Perak.

Kata Tun Razak: "Semua anak saya jantan." .
"Saya tak tahu, anak saya, Najib, apa nak jadi."
Kata ulama dan ahli tarikat, Haji Mat Saman Kati, "Insya Allah, anak lelaki Dato tu, akan jadi macam Dato."
Sambut Tun Razak, "Saya harap begitu."
Haji Mat Saman Kati mengangkat tangan dan berdoa, " ...Ya Rahman, ya Rahim, angkatkanlah anak hamba - Mu, Dato' Razak menjadi seperti bapanya, ...jadikanlah dia, amanah, jujur dan mengasihani orang - orang miskin."

Nota: Kalau Dato Najib ada masa terluang, ziarahlah pusara ulama ini di Kemunting.


Orang berjasa kepada Tun Razak

Seorang lelaki di Parit, Perak, terkenal dengan gelaran Enot. Sultan Perak, Sultan Idris shah mengelarkannya (tidak rasmi) 'To Qahar Alam". Saya rapat dengannya.
Pada zaman Tun Razak berjawatan Setiauaha Kerjaan Negeri Pahang, zaman pegerakan Parti Komunias Melaya, To Qahar Alam berkhidmat sebagai Sarjan Askar Melayu di Raja.
Pada satu hari, Tok Kahar alam bersama satu pelaton anggota Askar Melayu telah 'ikut kawal' - eskot Tun Razak dalam sebuah bot mudik ke hulu ke sungai Pahang. Tiba di satu tempat dalam kawasan Temerloh, tiba - tiba Tok Kahar Alam (ada ilmu penggerak) telah menolak Dato Razak dari kerusinya hingga beliau terduduk atas lantai bot itu. Pada saat itu juga sebutir peluru menembusi kerusi tempat Tun Razak duduk tadi. Sekumpulan pengganas komunis telah melepaskan tembakan ke arah bot tersebut dari atas tebing sungai itu.
Sejak itu Dato Razak rapat dengan Toh Kahar Alam.
Setelah bersara dari Askar Melayu Diraja, dengan pertolongan Dato Razak (Perdana Menteri) dan Sultan Perak, Sultan Idris Shah, mesyuarat Exco Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dato Haji Kamaruddin bin Haji Mat Isa telah meluluskan satu kawasan bijih timah dalam kawasan Kinta, kepada To Qahar alam.
Pada masa Tan Sri Ghazali Jawi menjadi Menteri besar Perak kali yang kedua, iaitu setelah Sultan Perak, Sultan Idris Shah melantik dan berkenan dengan bersyarat, tetapi Ghazali enggan meletakkan jawatannya. Tok Kahar Alam telah menemui Ghazali jawi dan meminta beliau meletakkan jawatan. Toh Qahar Alam menerima jawapan dari Ghazali Jawi, " ... saya tak akan letakkan jawatan, Tun Razak nakkan saya ..., Tuanku (sultan) tak boleh pecat saya ..., tak ada dalam Perlembagaan negeri ni Tuanku boleh pecat ..., baginda tak boleh pecat saya..."

Tunggu jenazah

Mungkin Toh Puah Rahah masih ingat. Putera - putera beliau juga masih ingat. Lelaki tua yang menunggu Jenazah Tun Razak dalam kediamannya sebelum di kebumikan, dan dia membuka tingkap keranda itu untuk dilihat kali terakhir oleh orang - orang yang menziarah. Dia adalah Toh Kahar Alam.
Pada masa Dato Najib Menteri Pertahanan, anak saudara Toh Qahar Alam, pernah bekerja sebagai pemandu kereta Datin Seri Rosmah Mansor. Kini dia berniaga bengekal membaiki kereta, di suatu tempat, di Jalan Duta.

Nota: Jika Dajib melawat Ke Parit, Perak, elok ziarah pusaranya.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.