Wednesday, April 22, 2009

QURAN


UJIAN ALLAH

Sesungguhnya Tuhan anda lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan - Nya, dan Dia lebih mengetahui orang - orang yang menerima pimpinan kebenaran.

Sebab itu, janganlah anda taati orang - orang yang berdusta (akan keben aran Allah).

Mereka ingin agar anda bersikap manis, lalu mereka pun bersuikap manis - pura - pura (juga).

Jangan anda taati orang yang suka bersumpah dan menghina.

Suka mencela, berjalan melakukan hasutan dan fitnah.

Suka melarang (orang) mengerjakan kebaikan, suka melanggar batas, berbuat dosa, berbudi rendah, selain itu tidak tentu pula siapa bapanya

kerana dia mempunyai kekayaan dan (banyak) anak.

Pada ketika dibacakan kepadanya keterangan -keterangan (wahyu) Kami, dia mengatakan: Dongengan orang - orang purbakala.

Nanti Kami akan tandakan di hidungnya (mendapat malu).

Sesunguhnya Kami telah menguji mereka, sebagai mana Kami telah menguji mereka yang mempunyai kebun, pada ketika bersumpah, bahawa mereka akan memetik buahnya pada pagi hari. - Al Qalam: 7 - 17.

HADIS

MAJLIS PERKAHWINAN

Sesiapa yang diundang ke majlis walimatul urus (perkahwinan), maka datanglah. Sesiapa yang dijemput ke majlis perkahwinan, tetapi dia tidak mendatanginya, sesungguhnya dia telah menderhakan Allah dan Rasul - Nya.

- Hadis Nabi Muhammad s . a . w. dan perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.

PETUA

KAYA DAN KEKUASAAN

Jika anda seorang yang kaya raya atau seorang yang berkuasa, jangan lupa, bahawa kekayaan dan kekuasaan itu hak Allah, jika Allah menghendakinya, dalam sekelip mata anda akan menjadi papa atau turun dengan kehinaan dari kekuasaan itu. Sebagai Raja yang memerintah, anda boleh berkata yang anda di atas politik, tetapi anda tidak boleh berada di atas politik Islam. Dalam Islam, Raja pemerintah tetap di bawah politik kerana politik Islam bedasarkan Quran dan Ssunnah Nabi Muhammad sallallahu alaihis salam.


*** ***

KETEGASAN SULTAN PERAK

Titah Sultan Perak, Sultan Azlah Shah, dari takhta kerajaan Perak, di Kuala Kangsar, pada istiadat menyambut keputeraan baginda pada Ahad lalu, menarik hati saya dan saya kira Sultan telah menyelamatkan orang Melayu di negeri Baginda dari diresah-rekah oleh mereka dari keturunan pendatang yang berkuasa.

Baginda bertitah, bahawa sebenarnya seorang raja pemerintah berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmah dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu.

“Tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai kepada peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru - hara selain turut mencemarkan institusi raja dengan menyemaikan rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan ‘menyalakan api dalam sekam’ yang amat merbahaya dan boleh memusnakan kerukunan rakyat dan negara.

“Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah bodoh dengan membenarkan wajah bodoh dengan membenarkan kelakuan orang -orang sedemikian. Matlamat kini diebenarkan menhalal cara.

Betapa kumpulan politik tertentu mersakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merassakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang - undang sehingga undang - undang diketepikan atas matlamat untuk mendaoat kuasa.

...individu - individu politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakayat biasa akan menjadi mangsa terpaksa bergelurt untuk memiliki keperluan hidup harian.

Kesilapan yang berpunca daripada bebeapa individu atau yang berbounca dari kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan huru hara.

Barang dijauhkan Allah dari bangsa menghadapi nasib malang ’ menang sorak kampung tergadai’, akhirnya mengemis di bumi sendiri.”

Titah baginda itu saya menganggapnya sebagai ’bom meledak’ terhadap individu dari parti - parti pembangkang - Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS.

Ketiga buah parti poltiik itu telah menerajui Kerajaan Perak selama beberapa bulan dan gagal di pertengahan jalan kerana Sultan telah menggunakan kuasa mutlak baginda - kuasa diraja dan daulat menyelamatkan rakyat dan negeri.

Walaupun saya masih samar - samar mamahami ’Raja di atas politik’ dan ’Raja boleh bertindak dengan mengenepikan Perlembagaan’, tetapi saya menyanjung tindakan baginda kerana dengan ’kebijaksanaan, kekuasaan dan keadilan. kepada rakyat jelata, baginda telah bertindak ’hntikan’ Dato Seri Mohamaed Nizar Jamaluddin dari jawatan Menteri Besar dan anggota - anggota eskonya.

Tidakan Sultan Perak itu memdedihkan hati pihak parti - pembangkang, tetapi laksana ’manis madu’ kepada institusi istana, UMNO - Barisan Nasional dan rakyat jelata yang terasa perit di bawah kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakayat itu telah menjalankan kuasa mereka dan tindak tanduk lain.

Tindakan kerajaan Perak pimpinan Pakatan Rakyat meluluskan tanah tapak rumah kepada rakyat - termasuk tanah simpanan Melayu - dengan tempoh terlalu lama telah dilihat gelagat pihak DAP untuk faedah kaum Cina dan India,

Sikap dan tindakan pihak DAP menyentuh dan mengungat institusi istana Perak telah menjadikan orang Melayu membuka mata melihat parti politik itu sebagai ’ memulakan kuasanya seperti yang dijalankan kerajaan PAP Singapura’.

PAS memang mengetahui Mentgeri Besar, Mohamed Nizar tertekan - ditekan oleh golongan DAP, tetapi pucuk pimpinan PAS tidak berbuat apa - apa. Mungkin Dato’ Haji Abndul Hadi Awang melihat keadaan Negeri Perak sepergti melihagt bangau putih di atas belakang kerbau di tengah sawah sahaja.

Dalam perkarea ini PAS agak lemah.

Saya sedikit ragu atas titah Sultan Azlan, bahawa ’Raja di atas politik’. Titah

baginda itu tidak dijelasakan politik corak aatau aliran mana.Saya dan orang ramai ingin mengetahuinya.

Jika kita kembali kepada zaman silam, hanya Raja Rom berada di atas politik. Kmudian dikuti oleh Shah Iran, Raja Faroq Masir yang telah tidak wujud lagi di dunia ini.

Masih wujud Raja Inggeris (Kristian) dan Raja Siam (Buda).

Semua Raja, dari Raja Rom hingga Raja Siam mereka masih mengakui mereka berada di atas politik monarki, tetapi Inggeris dan Sian gtelah berubah corak politiknya kini, iaitu politik bercorak kapitalis atau kapitalisme. Mereka tidka lagi di atas politik, tetahan bertahan sebgai Raja berpelembagaan.

Ada pula negara kapitalis, di antaranya Amerika syarikat, tidak lagi mengguna Raja. Mereka mengunakan prlembagaan republik dan diperintah oleh presiden.

Politik Islam yang berdasarkan Quran dan Sunnat, tidak memberi ruang kepada Raja mengatasi politik. Kedudukan Raja di bawah politik Islam.

Raja - Raja Arab di antaranya, Arab Saudi tidak merajai negara Islam, kerana perlembagaan negara itu tidak sepernuhnya berdasarkan Quran dan Sunnah.

Pada zaman ketuanan Melayayu, iaitu zaman Kerajaan Melayu Melaka, sebelum 15111 dan zaman Sultan Abdullah di Perak 1780 -an, memanglah Raja Melayu di atas politik, keran apada masa itu tidak ada Perlembagaan yang menjadi penghalang bagi Raja Melayu bertindak sesuaka hati.

Maka, titak Sultan Azlam masiah dipertikai. Rakyat mempertikaikan titah bagina tidak pula rakyat mernghina Raja Melayu. Rakyagt hanya mahukan penejelasan, agar mereka tidak kelam dalam memahaman titah Yang Maha Mulia itu.

Pada masa ini sebilangan besar rakyat sayangkean Raja Melayu dan sebilangan lagi dalam mentaati mereka mahu penjelasan,kerana Islam mengajar, jika tidak tahu bertanya kepada yang mengetahu.(mokhtar petah)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.