TERBUNUH PADA JALAN ALLAH
Sesungguhnya orang - orang yang berpaling tadah (lari) di antara kalian, apada hari dua pasukan berhdapan antara satu dengan lain, hanyalah syaitan yang menyesatkan mereka, kerana sebahagian dari usaha mereka tentu Allah memaafkan kesalahan mereka. Sesungguhnya Allah itu Pengampun dan penyantum.
Hai orang - orang yang beriman, Allah melihat apa yang kalian kerjakan. Janganlah kalian seperti orang - orang kafir, dan mereka mengadakan perjakanan di muka bumi atau dalam peperangan: Kalau mereka bersama - sama dengan kita, nescaya mereka tidak akan mati atau terbunuh. Allah menjadikan itu agar menjadi penjelasan dalam hati mereka, dan Allah yang menghidupkan dan mematikan.
Dan kalau kalian terbunuh pada jalan Allah atau meninggal, sesungguhnya ampunan dan rahmat Allah itu lebih dari apa yang mereka kumpulkan.
Dan kalau kalian meninggal atau terbunuh, sesungguhnya kepada Tuhan kalian dikumpulkan. - Ali Imran:155 -158.
HADIS
HAKIM
Hakim hendaklah menjauhi (tidak boleh) memutuskan kes (menjatuhkana hukuman), dalam (dia berada dalam ) sepuluh keadaan: Pada ketika marah (atau baran), lapar, dahaga, syahwat sedang memuncak, susah, gembira melebihi batasan, sedang sakit, sedang menahan air kecil dan dan menahan air besar, mengantuk, sangat panas atau sangat dingin.
- Hadis Nabi Muhamma. Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.
PETUA
PEMINTA SEDEKAH
Jika peminta sedekah sedang meminta di hadapan pintu anda, jangan menghalaunya, tetapi berilah kepadanya, walaupu sebiji buah ciku atau wang sekadar yang patut, kerana kedatangan peminta sedekah ke rumah anda itu, Allah membuka pintu rezeki anada. Jika anda murah hati, anda akan dilimpah - ruahkan dengan rezeki, kalau anda bakhil dan menghalau peminta sedekah itu, anda akan menghadapi kepapaan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.