Saturday, April 11, 2009

QURAN

JANJI ALLAH

Orang – orang lelaki dan perempuan yang beriman, mereka itu satu sama lain pimpin memimpim (lelaki dan perempuan mempunyai hak yang sama; mereka menyuruh mengerjakan yang baik, melarang melkakukan yang salah, mereka tetap mengerjakan sembahyang, membayar zakat dan taat kepada Allah dan Rasul – Nya (Muhammad s.a.w.). Mereka itulah orang – orang yang diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa dan Bijaksana.

Dan (Allah) telah menjanjikan syurga kepada orang – orang lelaki dan perempuan yang beriman, yang mengalir sungai – sungai di dalamnya, tempat tinggal yang bagus dlam syurga 'Adn dan keredaan Allah lebih bersar (dari segala – galanya); itulah kejayaan yang besar - At Taubah: 71, 72.

HADIS

PEMERINTAH NEGARA ISLAM

Rasul Allah Muhammad s.a.w.telah bersabda: Sesiapa yang mentaati perintah saya, maka sesungguhnya dia mentaati perintah Allah. Dan sesiapa yang melanggar perintah saya, sesungguhnya dia menderhakakan Allah. Sesiapa yang mematuhi pembesar (pemerintah Negara Islam) saya, maka sesungguhnya dia mentaati perintah saya. Dan sesiapa yang melanggar printah pembesar saya (pemerintah Negara Islam) maka sesungguhnya dia melanggar perintgah saya.

- Perawi: Abu Hurairah

PETUA

Jika kekuasaan ada di tangan, pertama kenal diri dan jangan tinggalkan sembahyang, kedua adil dan jujur; rakyat jangan diabaikan, ketiga, dedikasi dan ikhlas, rasuah mesti dielakkan, kemempat jaga harga adiri; jangan takbur, ria dan gila kuasa, kelima, jadilah seorang ihsan, sedarlah rakyat miskin makan nasi dengan garam sebuku, atau makan sambal terelunjuk berdiri. Tidur malam berselimutkan kain panjang lima; tutup kepala kaki telanjang, tutup kaki kepala terdedah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.