MENGALAHKAN MUSUH
Hai Nabi, bangunkanlah semangat orang – orang yang beriman. Jika kalian berjumlah dua puluh orang yang berhati teguh (taskwa dan jihad) nescaya akan mengalahkan dua ratus orang (musuh) dan jika kalian seratus orang nescaya akan dapat menewaskan seribu orang musuh yang kafir disebabkan mereka itu kaum yang tidak mengerti (jahil tentang Allah dan Islam) – Al Anfal: 65
HADIS
PENGHALANG KEBAIKAN
Bermula sesuatu yang baik itu ibarat khazanah (peti besi) dan bagi tiap peti besi itu ada anak kuncinya, maka berbahagialah orang yang Allah SWT jadikan dia sebgai anak kunci kebaikan (kebajikan) dan penghalang kejahatan. Sebaliknya, celaka (neraka) bagi orang yang menjadikan anak kunci itu untuk kejahatan dan penghalang kepada kebaikan (kebajikan).
- Perawi: Ibnu Majah
PETUA
KOREKSI DIRI
Jika anda ditimpa keburukan, perhatikan (koreksi) ke belakang masa anda, apakah anda telah melakukan kesalahan kepada Allah atau manusia, jika anda telah mendapatinya dan sedar, maka anda terjumlah daripada mereka yang bijak sana dan beriman.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.