Thursday, April 23, 2009

QURAN DAN SEJARAH

KESESATAN

Kami tidak membebankan diri seseorang , melainkan sekadar (atas) kuasa (kesanggupannya). Dan pada sisi Kami ada kitab - kitab (buku - buku catatan amalan manusia sepanjang perjalanan hidupnya) yang mencatatkan kebenaran dan mereka tidak akan dirugikan.

Dan hati mereka dalam kesesatan (kekalutan) untuk mnemahami Quran ini, dan mereka mempunyai pekerjaan selain dari itu yang tetap mereka lakukan (di samping menolak kebenaran agama Islam dan kekalutan fikiran memahami Quran itu, ada lagi kejahatan mreka melakukan saban hari).

Sampai masanya Kami mendera orang - orang yang hidup senang di antara mereka dengan siksaan. Lihatlah mereka melolong ( meminta tolong). Al Mukmin: 62 - 64.

HADIS

PERDANAIAN

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Perdamaian itu boleh berlaku di antara kaum Muslimin kecuali perdamaian yang bersifat mengharamkan sesuatu yang halal atau menghalalkan sesuatu yang haram, dan kaum Muslimin sekalian berdiri atas syarat - syarat mereka masing - masing, kecuali syarat - syarat yang mengharamkan sesuatu yang halal, atau menghalalkan sesuatu yang haram.

- Perawi: At Tamuzi.

PETUA

PEMERINTAH YANG ADIL

Pemerintah (Raja, peresiden dan perdana menteri) yang adil adalah yang memerintan rakyat jelata dengan menggunakan fikiran yang waras dan terbuka, menerima fikiran rakyat dan tunduk di bawah hukum - hukum (termasuk politik) Islam seperti yang ditetapkan dalam Quran. Sebaliknya pemerintah yang zalim, adalah yang menganggap fikiran, tindakan dan keputusannya sahaja yang betul sedangkan fikiran, tindakan dan keputusan rakyat tidak betul.

*** ***






[Nik+Aziz+sidebar.jpg]


Nik Aziz



" Allah Subhanahu wa Taalah berfirman:

Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepda mereka, Kami pun membukakan semua pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka gembira dengan apa yang diberikan kepada mereka, Kami seksakan mereka dengan sekonyong - konyong, maka, pada ketika itu terdiam berputus asa. - Al Mukmin: 44.

Segalanya terajadi apabila manusia sudah tidak menghireaukan hidayat dan melupakan segala ajaran dan peringatan yang didatangkan kepada mereka, lantas Allah SWT datangkan istidraj dengan membuka segala pintu kesenangan untuk mereka.

Tetapi pada ketika mereka ketawa kegembiraan kerana dilimpahi kesenangan harta benda, pangkat dan pengaruh, maka dalam kealpaan itu Allah SWT cabut kembali segala kesenangan dengan tiba - tiba, sehingga mereka tercdengang -cengang dilanda kekecewaan kerana kehilangan segala - galanya dengan sekelip mata. Sama ada Tuhan tarik dengan mematikan dia serta merta, atau pun dilenyapkan trus segala kesenangan itu dengan malapetaka seperti dialami oleh Qarun.

Oleh itu jika melihatorang mendapat kekayaan dunia hingga bergelar jutawan dan sebagainya, janganlah terdorong hati hingga terbit keinginan untuk mendapatkankan kekayaan dan kedudukan kekayaan dan pangkat kedudukan seperti itu, sehingga terlalu kecewa jika tidak memperolehi kesemua itu.

Justeru termasuk dalam kaedah Tuhan untuk melimpahkan segala ksenangan yang menjadi idaman mereka yang telah melupakan segala nasihat dari Allah,diberinya peluang trakhir berupa idtidraj. Jika mereka inginkan harta sehingga menguasai ekonomi seswebuah negara, maka Tuhan berika kunci perbqendaharaan itu, dan sekiranya mreka in ginkan kekuasaan agar segala- galanya berada di dalam tangannya, maka Tuhan pasti menunaikan janji-Nya untu membukakan segala pintu kesenangan untuknya.

Tetapi mereka tidak sedar bahawa kesemua itu hanyalah istidraj, an Tuhan juga menjanjikan untuk mencabutkan semula segala kesenangan itu dengann tiba - tiba sehingga mereka terpinga - pinga dan putus asa.''



*** ***



Akan terbit! Akan terbit!!



MOKHTAR PETAH


RASUAH

MUSNAHKAN NEGARA



ALLAH

LAKNATKAN PEMBERI, PENRIMA

DAN

PERUNDING RASUH

SEJARAH NEGERI KEDAH


[1]

Oleh: Mokhtar Petah

Negeri Kedah tempat lahir pahlawan Melayu yang berjiwa rakyat dan bersemangat revolusi. Dia penghapus ‘ketuanan Melayu’, iaitu golongan istana dan orang besar -bebasar memperhambakan rakyat jekata.

Di Kedan juga lahirnya dua Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pertemuan antara wakil - wakil penjajah Inggeris - pra merdeka, Tunku Abdul Rahman Putra dan David Marshall (Yahudi Singapura) dengan wakil - wakil Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dan Rashid Maidin, dengan tujuan mencari perdamaian dan memaksa pihak Parti Komunis Malaysia (PM) men yerah diri, telah diadakan di bandar kecil, Baling, Kedah. Tetapi gagal.

Di negeri itu telah tercatat sejarah seorang wakil rakyat - ahli Dewan Undangan Negeri, digtuduh dan dihukum kerana mergogol seorang gadis, gguru kelas dewasa, Zainab, dari Selama, Kedah.

Sebelum negeri itu dikuasai oleh PAS - Pakatan Rakyat, sedikit dari bumi dan pantainya di landa banjirf Tsunami.

BAHASA SANSKRIT

Pada zaman silam juga negeri Kedah di sebut ‘Qilha’. Dalam bahasa Sanskrit ‘Kataha’. Orang India menyebut ‘Kadaram’ atau ‘Kidaram’, orang Cina menyebut ‘Kie-te’a’ atau ‘Cieh-c’a’ dan orang Arab menyebut Qedah atau Qadhun (mangkuk kayu).

Negeri Kedah ada empat daerah, iaitu Kuala Qilha (Kuala Sungai Merbuk), Kuala Bahang atau Mahang (Kuala Kedah sekarang), Kuala Merpah (Pulau Panjang dekat Perlis), Kuala Bara (kawasan dekat Negeri Perlis sekarang). Ada sebuah daerah atau negeri yang dinamakan Seberang (seberang Sungai Muda) terletak dalam negeri Qilha, iaitu Seberang Perai yang meliputi Kepala Batas.

Kira-kira pada tahun 630 (M), seorang Raja dari negeri Gumarun, Parsi (Iran), iaitu Maharaja Derbar Raja I, adalah nenek moyang kepada raja-raja negeri Kedah. Raja tersebut telah dikalahkan dalam satu peperangan oleh Raja Parsi. Dia telah melarikan diri dari Parsi ke Sri Lanka.

Maha Derbar Raja tidak lama tinggal di Sri Lanka. Dia dan rombongannya telah merantau dan akhirnya sampai ke Kuala Sungai Qilah, iaitu di negeri Kedah sekarang. Setelah tiba di sana, Maharaja Derbar Raja I masuk ke negeri Kedah dan bertemu dengan dua orang ketua orang Melayu, iaitu Tun Perkasa dan Tun Derma Dewa.

BAIK BUDI

Menurut sejarah, kerana Maharaja Derbar Raja I seorang yang baik budi dan pekertinya, maka oleh Tun Derma Dewa dan Tun Perkasa telah melantiknya menjadi raja pemerintah yang awal di negeri Kedah.

Setelah berkuasa sebagai seorang raja di negeri Kedah. Pada tahun 634, Baginda telah memerintahkan pihak kerajaannya supaya membina sebuah ibu negeri bagi kerajaannya di hulu negeri Kedah, iaitu dalam kawasan Sik sekarang.

Orang Melayu Kedah, seperti orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu juga, iaitu baik hati dan berbudi bahasa. Mereka menerima kedatangan pendatang-pendatang asing seperti orang Parsi (Iran), Cina, India, Siam dan Arab dengan hati yang ikhlas dan terbuka.

Mereka menghormati tetamu atau pendatang asing. Dalam hati mereka tidak menaruh perasaan curiga kepada pendatang-pendatang itu. Mereka memandang semua manusia yang datang ke negeri mereka itu baik belaka. Mereka telah melayan pendatang atau tetamu mereka lebih dari melayan anak-anak mereka sendiri. Dengan demikian, lahirlah falsafah:

Dagang lalu ditanakkan.

Kera di hutan disusui.

Anak mati kelaparan dalam buaian.

Menang sorak kampung tergadai,

cucu cicit merimpat di bumi sendiri.

BATU LONCATAN

Tetapi malang bagi orang Melayu, kebanyakan pendatang yang mereka raikan dan mencurah budi itu tidak membalas budi mereka. Sebaliknya, budi mereka dibalas dengan tuba. Kebanyakan pendatang itu menggunakan mereka sebagai batu loncatan untuk naik ke atas atau mendapat peluang mengaut keuntungan atau kemewahan.

Sebagai contoh, sekitar tahun 1930-an orang Melayu, terutamanya di Pulau Pinang dan Seberang Prai termasuk Kepala Batas terperangkap dalam golongan pendatang yang mereka rai dan hormati, sehingga tanah milik mereka terjual atau tergadai.

Pada mulanya pendatang yang mereka memberi pertolongan itu menjadi kawan rapat mereka, tetapi akhirnya pendatang itu membolot harta mereka dan memusuhi mereka. Kemudian, negeri Kedah dan jajahan takluknya termasuk Kepala Batas seperti negeri-negeri di seluruh Tanah Melayu telah menyusuri denai dan jalan duka selama berabad-abad lamanya, dijajah oleh Kerajaan Siam, Kerajaan Inggeris, Kerajaan Jepun dan Kerajaan Inggeris kali yang kedua hingga tahun-tahun sebelum 31 Ogos 1957.

Selama 71 tahun di bawah penjajahan Inggeris, orang Melayu telah dipaksa secara halus, dididik dengan pelajaran dan budaya yang mengikut acuan penjajah. Mereka menjadi manusia yang tidak terdaya dan hidup dengan duka lara atas muka bumi mereka sendiri.

PELANDUK TERJERAT

Akibatnya, di mana-mana tanah milik orang Melayu terlepas ke tangan orang lain. Semangat orang Melayu menjadi seperti pelanduk terjerat dalam hujan. Sekali merenung diri terasa sebagai tuan, tetapi bila dinilai diri hujung rambut hingga ke hujung kaki, nyata diri tidak lebih dari seorang hamba cuma.

Sesungguhnya manusia di bawah kekuasaan Allah. Allah tidak membiarkan hamba-hamba-Nya terus menjadi hamba dan dihina oleh manusia lain. Allah telah mengurniakan kepada penduduk-penduduk Kepala Batas khasnya dan seluruh tanah air, amnya dengan kesedaran, iaitu kesedaran melalui kefahaman dari Quran dan Hadis oleh para ulama pada masa silam.

(bersambung esok)


[1] Tungku Abdul Rahma n Putra Al Haj, Putera Sultan Kedah dan ibunya perempuan dari bangsa Siam,

Manjalara. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ibunyai, perempuan Melayu dan bapanya keturunan India

Muslim berasal dari Karala, India. Bapanya telah berkahwin dengan, Wan Temapawan, keturunan dari

rumpoun Melayu yang sama dengan asal usul bapa kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’

Seri Abdullahahmad Badawi.

Datuk kepada Dr. Mahathir Mohamad brnama I.C.Kandar. Dia pelopor peniaga nasi campur atau nasih

kandar. Dia brniaga nasih kandar pada zamansebekum perang dunia II, di Pulau Tikus. Asal nama ‘Nasi

Kandar’ adalah dari nama datuk beliau - Sumber: Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Shaiekh

Abdullah Fahim, Jurutera Pak Harun, Haji Yusoff Rawa (Pulau Pinang), Haji Ibrahim Aqibi (Pulau

Pinang) Ustaz Haji Haji Abdul Halim Al Hadi (Kepala Batas) dan Ustraz Ahmad Scor (Pajak saong,

Kepala Batas)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.