Thursday, April 2, 2009

PM MENGHADAP YANG DIPERTUAN AGONG

Putrajaya – Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menghadap Yang Dipertuan Agong, Tuangku Mizan zainal Abdin, di Istana Negara, pada pagi ini.

Beliau telah merafakkan hasratnya untuk meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia dan memohon Yang Dipertuan Agong melantik - perkjenan Dato Seri Najib Tun Razak menggantikan tempat beliau sebagai Perdana Mengteri Malaysia.

Iesok pagi, bertempat di Istana negara, Najib akan melakukan iastidat angkat sumpah memegang jawatan Perdana Menteri Negara ini.

Semalam Abdullah Ahmad Badawi telah mempengerusi Kabinet terakhirnya di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Ya Allah, Engkaulah juga yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui atas segalanya, antara yang baik dengan yang buruk, antara yang nyata dengan yang gaib.

Lindungilah kami daripada bencana dan malapetaka - aripada kekacauan dan persengketaan.

Makbulkanlah doa dan usaha kami; pandulah kami dengan hidayah dari – Mu untuk melakukan kebaikan dan menemui jalan yang Engkau redai.

Bekalkan kami dengan barisan warga yang berniat ikhlas, bersifat amanah, berpekerti mulia dan bersifat jujur, bertanggungjawab membina sebuah negara yang maju – membina barisan wargayang bersatu – senantiasa memohon keredaan – Mu.” Doa Abdullah Ahmad Badawi.









No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.