Nik Aziz
"Sesungguhnya, setiap orang mukmin itu tidak sayugia bergantung kepada kurnia Allah SwT semata ( dengan tidak berusaha), tetapi apa yang lebih penting ialah melakukan segala usasha semasa hayatnya, bagi menyediakan segala keperluan bekalan untuk akhirat. Bertunjangkan kepada iman dan aqidah yang murni, dikuti dengan segala keataatan, iaitu melakukan segala amal yang digolongkan sebagai amal yang soleh.
Adapun urusan akhirat itu aalah suatu urusan yang amat jauh, ibarat suatu perjalanan yang jauh igtu sudah pasti memerlukan bekalan yang banyak. Sesungguhnya amat bahaya jika seseorang itu bergantung dengan bekalan dari orang lain, adalah dikhuatiri bekalan itu telah habis sebelaum sampai tujuannya, sedangkan bekalan orang lain adalah suatu yang tidak pasti.
Kesempatan hidup di dunia merupakan peluang terakhir untuk manusia menyiapkan bekalan, lakukan apa jua yang boleh mendatangkan pahala. Jika perlu menderma harta benda sebagai sedekah jariah, maka lakukanlah, kerana sedekah jariah akan mnengalirkan pahala sehingga seseorang itu kepada ia berada di alam barzah.
Demikian juga sekiranya mempunyai ilmu yang dapat memberi manfaat kepada manusia, sama ada ilmu agama (Islam) atau ilmu yang bersangku dengan fardu kifayah (skular Islam - dunia dan akhirat - mp) , maka sewajarlah ilmu itu diajarkan kepada orang lain, semoga kedua amalan sedkat jariah itu dan juga ilmu yang memberi manfaat itu, serta lain - lain ibadah fardu dan sunat akan menjadi bekalan seseorang untuk mnempuh alam akhirat."
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.