Friday, April 24, 2009

NIK AZIZ MURSYIDUL 'AM PAS

[Nik+Aziz+sidebar.jpg]

Nik Aziz


“Hanya agama Islam mempunyai sistem berasaskan iman dan akidah, serta kaedah dosa pahala yang menjadi pendorong manusia menjauhi kejahatan serta menggalakkan manusia melakukan amalan yang baik. Ajaran Islam yang menggariskan konsep ikhlas, iaitu berbuat sesuatu kerana Allah semata - mata, sedangkan konsep ikhlas itu tidak ditemui dalam undang - undang ciptaan manusia.

Undang - undang ciptaan manusia tidak mengenakan hukum kepada orang yang berbuat baik kerana mencari nama dan riyak, tetapi undang - undang Islam menganggap, bahawa beramal atas dorongan menunjuk nunjuk atau riyak itu sebagai syirik khafi dan bedosa. Dosa menyebabkan manusia menerima balasan azab di alam barzah dan akhirat sekiranya tidak bertobat.

Justeru itu manusia tiada pilihan sama ada mereka sedia menerima atau sebaliknya, hakikat bahawa Islam itu satu keperluan hidup nanusia yang tidak dapat dinafikan. Sebab itu tiada paksaan dalam memeluk agama Islam, tetpi bagi mereka yang mengetahui bahawa formola bagi mencapai wawasan murni hanya terdapat dalam ajaran wahyu (Quran), iaitu agama Islam, maka mereka akan dengan rela hati menerima Islam sebagai peraturan hidup mereka.

Hanya keimanan kepada Allah dan syariat - Nya sahaja yang dapat menghasilkan dan memberikan sumbangan kepada keamanan dan kesejahteraan planet bumi yang dihuni oleh manusia, malah menjanjikan kebahagiaan abadi di akhirat.

Dengan hanya berpandukan undang - undang ciptaan manusia, masih memberi ruang yang luas untuk menusia mengelak dari hukuman. Tetapi dengan (undang - undang) agama (Islam) manusia tidak mungkin terlepas.”

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.