Nik Aziz
“Ramai orang kaya jiwanya tak tenteram, si miskin apatah lagi. Jika demikian apakah yang mebezakan antara yang kaya dengan yang miskin jika keduanya dilanda gundah dan resah?
Justru niklai kekayaan menurut pandangan Islam bukan diukur dengan harta yang banyak, tetpai ianya terletak pada jiwa, jika jiwa kaya ia akan melapangkan hati dan melahirkan kebahagiaan, bila jiwa sudah resah, maka kekayaan yang menimbun di sekelilingnya seperti menghimpit kehidupannya.
Jika anda sedang membangun sebuah masjid atau madrasah yang memerlukan bantuan orang ramai, janganlah menyangka bantuan itu akan mudah diperolehi kerana orang banyak di keliling anda. Sebaliknya derma sumbangan itu hanya akan mudah diperolehi dari orang yang jiwanya kaya, tak kira sama ada orang yang kaya jiwa atau dari kalangan orang miskin atau dari kalangan hartawan.
Orang miskin akan menjadi pemurah apabila jiwanya kaya, satu ringgit yang didermakan oleh orang miskin tidak akan sama nilainya dengan satu ringgi yang didermakan oleh orang kaya, kerana nilai serringgit itu tidak sama antara si kaya dengasn si miskin. Satu ringgit tetap bernilai satu ringgit bagi orang kaya, atau lebih rendah lagi jika dibandingkan dengan kekayaan yang dimilikinya.
Sebaliknya satu ringgit mungkin bernilai sepuluh ringgit bagi orang miskin, kerana sulitnya orang miskin untuk mendapatkan wang tersebut. Justeru itu keikhlasan seorang miskin yang dermawan mungkin lebih tinggi martabatnya berbanding dengan seorang kaya yang dermawan. Orang kaya sewajarnya dia menjadi dermawan kerana dia memiliki harta.
Namun orang miskin yang dermawan pasti lebih tinggi martabatnya, kerana dalam keadaan dirinya menghadapai kesulitan hidup namun dia masih mampu untuk menderma dan membantu orang lain.”
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.