Nik Aziz
“ … manusia mempunyai keperibadiannya masing - masing. Mereka mempunyai indentiti tersendiri atau kerjaya yang tertentu. (misalannya) Jika dia seorang doktor perubatan, lazimnya para pesakit yang akan menemuinya
bagi mndapatkan khidmat nasihat dan juga rawatan.
Jika dia seorang alim, mungkin orang datang meminta khidmat beliau untuk memberi ceramah atau nasiha agama (Islam). Jika dia seorang hartawan, pasti orang – orang miskin yang amat berhajat menemuinya. Begitu juga jika ia seorang penganjuur pesta hiburan, hampir pasti yang akan mengunjunginya adalah golongan penghibur dan yang dahagakan hiduburan.
Orang akan mengenali imej atau indentiti sebanar seseorang, hanya dengan melihat cara pergaulan dan jenis orang – orang mereka gauli. Jika mereka yang tergolong orang baik dalam kehidupan harian, orang yang berada di sekeliling mereka, dan orang – orang yang hendak menemuinya lazimnya dari kalangan mereka yang baik serta dengan tujuan baik, yang sesuai dengan watak dan sikap orang yang hendak ditemui itu.
Orang yang mempunyai masalah, apabila mereka menemui orang lain maka pasti mereka akan menemui hanya orang yang diyakini dapat menyelesaikan masalah mereka. Orang yang berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sesorang, merek dianggap sebagai berjaya membuka peti permasalahan dengan anak kunci kebijaksanaan yang ada pada dirinya.
Seseorang dapat dikenali dalam masyarakatnya hanya dengan melihat siapakah orang - orang yang kerap mengunjunginya, kerana manusia kerana manusia sentiasa memiliki rakan dan sahabat yang sealiran cara hidup dengannya.
Tidak mungkin seorang penipu menemui orang alim untuk mendapatkan nasihat bagaimana cara menipu yang berjaya, sebab mereka juga tahu bahawa orang baik tidak akan mengajarnya untuk jahat.
… orang – orang yang baik (dan) berilmu dan berakhlak, seperti pasangan kasut itu juga, rakan – rakan dan sabahatnya ibarat kasut kiri dan kanan, serasi dan pasti mereka saling seiring jalan dan sama tujuan. Secara lojeknya bahawa dalam himpunan batang yang lulus jika terdapat sebatang yang bengkok pasati akan menghalang penyusunan yang baik. Lantan itu yang bengkok pasti diluruskan dan dihindarkan jika tidak dapat diluruskan.”
Cerita lama. Pada tahun 1950-an, bandar Kota Bharu terkenal dengan 'kota kapak bungkus', tempat maksiat - ramai pelacur Melayu. Pada masa itu saya diberitahu,kebanyakan pencuri Melayu di Negeri Kelantan, walaupun mereka jahat, tetapi mereka tidak lupakan Allah, di antaranya; apabila mereka hendak masuk ke sesebuah rumah untuk mencuri, mereka berdoa kepada Allah di hdapan rumah itu dan apa bila mereka telah berjaya mendapat harta atau wang yang mereka curi, mereka berdoa dan bersyukur kepada Allah.
Apabila PAS berjaya memerintah Negeri Kelantan, pelacuran dan segala macam maksiat – kelab malam, rumah urut, liwat, minum arak secara bebas, judi dan sebagainya dalam bandar Kota Bharu dan bandar – bndar lain telah terhapus.(mp)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.