“Secara naluri manusia mempunyai berbagai keperluan hidup seperti tempat tinggal, pakaian, makan minum, berkeluarga dan seumpamanya.
Dengan akal yang dikurniakan oleh Allah SWT , manusia mampu berfikir bagaiamana hendak berteduh dari panas dan hujan, mencari makanan untuk mengatasi kelaparan, mencari pasangan hidup bagi memenuhi naluri kemanusiaan. Manusia mampu bekerja keras untuk mencari wang dan harta kekayaan.
Manusi mampu berfikir bagaimana hendak meningkatkan pengeluaran mereka, melipat - gandakan hasil pertanian mereka dan seumpamanya. Sebab itu kita dapati Rasulullah s.a.w. memberi kebebasan kepada umatnya bagaimana hendak meningkatkan kualiti bagi mencapai hasil yang lebih lumayan, sebagaiamana sabda Junjungan yang bermasud: Anda lebih tahu (bagaimana) memperbaiki urusan dunia.”
Saranan itu telah mendorong ke arah teknologi canggih dan sains pertanian sentiasa menghasilkan penemuan baru dalam meningkatkan hasil tuaian bagi kemakmuran dan mengimbangi keperluan pertumbuhan penduduk dunia.
Justru apa yang tidak dapat difikirkan oleh manusia, ialah, bagaimana dia hendak menggunakan harta kekayaan atau perbelanjaan wang ringgitnya untuk tujuan keredaan Allah.”
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.