Nik Aziz
“Angan - angan tidak ada penghujungnya, ia tidak berjejak di alamn nyata, malah kosong semata - mata. Justru angan - angan bukanlah cita-cita, kerana cita - citsa memerlukan tindakan usaha yang bersungguh - sungguh bagi mencapai apa yang dicita – citakan. Sebaliknya angan - angan hanyalah hayalan ibrat sebuah lakonan ke alam pentasi, yang tidak diketahui di mana letaknya seperti mengharung lautan luas yang tidak berpantai.
Orang - orang yang terperangkap dalam angan - angan pasti lupa kepada tujuan hidup di dunia , masa depannya hanyalah hayalan. Jika pun dia tahu tentang akhirat kelak tiak pernah difikirkannya. Sekalipun ada pihak yang mengigatkan dia tentang perlunya membuat persediaan menghadapi hari akhirat, tetapi dia menganggap akhirat itu masih jauh dan terlalu lama.
Manusia (manusia - manusia) yang dilamun angan - angan tidak akan menjadualkan masa dalam kehidupan mereka, sedangkan masa bererti usia.Walaupun masa berlalu namun dia tidak merasa usianya semakin susut dan terbuang secara sia - sia, kerana lamunan angan - angan yangn panjang, dia (merek) tidak pernah berfikir bahawa kematian semakin menghampirinya.”
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.