Nik Aziz
"Bagi orang yang tidak ingat akan kubur sekalipun rumahnya berjiran dengan kubur, adalah terdiri dari mereka yang tidak tahu menghargai nilai kehidupan yang sejenak di muka bumi ini. Mereka yang lalai mengingati mati mati, seolah - olah akan hidup buat selama - lamanya, bukan sahaja mereka tidak tahu apakah tujuan hidup yang diberikan kesempatan oleh Allah SWT., malah mereka menjadi pengikut kepada hawa nafsu.
Lupa mati menjadikan seseorang itu tidak peduli soal halal haram, tidak dapat membezakan antara suruhan dan larangan. Sebagaimana pepatah mengatakan: ' Membujul lalu melintang patah'. dosa dan pahala tidak pernah terlintas di dalam ingatannya.
Kehidupan yang diselimuti kealpaan dan kelalaian adalah kehidupan yang menyebabkan tanah perkuburan menaruh rasa dendam dan kemarahan terhdap orang - orang itu. Kubur tidak akan merasa simpati dan belas kasihan, kerana orang itu telah melupakannya. Pada hal kubur tidak pernah melupakan dia. Setiap ketika mengingatkan manusia: Bahawa aku (kubur) adalah tempat yang gelap gelita, tempat sunyi yang menyebabkan orang akan keseorang dan kesepian. Tempat yang dipenuhi ulat - ulat yang bakal memakan daging - daging manusia, serta ular -ular bisa yang sentiasa menyemburkan bisanya."
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.