Najib Tun Razak
“ .... saya memilih 28 orang orang pemimpin bagi membentuk kabinet baru. Mereka telah menyatakan semangat dan kesungguhan untuk berbakti. Justru saya yakin kesemua mereka berkongsi iltizam yang padu bagi memacu negara ke arah kecemerlangan.
Inilah saf dan inilah pasukan kita yang diharapkan menjadi cerminan kekuatan serta menjadi wajah majmuk di Barisan Nasional yang mewakili dari setiap penjuru dan pelusuk satu Malaysia.
Selanjutnya, apa yang paling mustahak berkaitan kabinet baru adalah prinsip – prinsip berkongsi bersama yang akan dipamerkan melalui nilai intergriti dan piwaian yang tinggi untuk mengekalkan kepercayaan rakyat.
Bakat dan kebolehan sangat diperlukan dalam menempuh saat – saat yang amat mencabar konteporari ini. Ketaa t -setiaan dan kepatuhan kepada parti kerajaan terutamanya kepada negara dan tanah air. Kebersunguhan dan semangat yang tinggi demi membina sebuah negara yang berdaya saing menempuh abad baru.
Sehubungan dengan demikian kita akan terus berusaha membina sebuah kerajaan untuk semua rakyat, kerajaan yang akan berbakti memenuhi keperluan rakyat dengan jalan perbaharuan ekonomi negara untuk menangani kesan kemelesetan ekonomi globel serta mencipta penyelesaian apabila mendapani cabaran perubahan stroktor yang akhirnya berupaya menunjulkan potensi sebenarnya negara kita. Membangunkan sebuah masyarakat bersatu padu diperkokohkan atas dasar kepercayaan serta sikap saling hormat menghormati.
Membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan sebenar untuk semua. Memperkasakan sistem pendidikan nasional dan melikbatkan setiap rakyat Malaysuia dalam proses politik negara dan melebarkan wacana nasional.
Sesungguhnya satu kabinet baru ini bukan sahaja merupakan satu pasukan baru dengan wajah baru, malah sebenarnya, satu penyususnan semula peranan dan potpolio.
Kabinet ini turut menjadi satu tanda kepada satu pendekatan baru pentadbiran kerajaan yang lebih telus, bertanggungjawab serta berfokas mendahulukan rakyat. Untuk maksud tersebut, saya akan memulakan usaha ini dengan memperkenalkan satu paradikma yang akan memacu prestasi dan pencapaian. Kita akan menggunakan pendekatan, petunjuk prestasi utama atau kay farfomen dedicated secara menyeluruh. Petunjuk tersebut akan menekankan impak bukannya input hasil bukannya output dan akan memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang berbaloi.
Petunjuk tersebut mencerminkan keutamaan strategik negara dan akan dipantau oleh sebuah unit baru yang akan dipimpin oleh seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi mrealisasikan hal ini. Saya mahukan agar semua menteri dan pegawai kanan Perkhidmatan Awam dipertanggungjawabkan terhadap pencapaian masing – masing bersandarkan petunjuk prestasai tersebut.
Manakala setiap timbalan menteri yang berjumlah 40 orang semuany, akan diberi ruang tugas yang khusus. Saya akan mengarahkan setiap menteri menyediakan KBI yang jelas merangkumi perincian tanggungjawab berkaitan tugas mereka serta imbangan masing – masing dalam masa 30 hari dari sekarang.
Inilah hasrat besar saya meletakkan matalamat sedemikian supaya kerajaan baru ini atau kabinet baru ini benar – benar bertanggungjawab seperti yang diamanahkan oleh rakyat. Dengan dibantu oleh menteri yang berkaitan saya akan memantau pengurusan petunjuk prestasi agar dia berjalan dengan lancar. Seterusnya untuk makluman semua saya akan terlibat secara peribadi dan lansung untuk menkaji prestasi semua menteri pada setiap enam bulan.Makanya, bila mana prestasi didapati tidak memenuhi piawaian, saya dan menteri berkenaan serta pegawai penjawat awam akan merungkaikan segala halangan yang menyekat prestasi mereka itu.
Sememangnya pun, inilah mendekatan saya sejak dulu lagi dalam mencapai transformsi melalui kepimpinan yang berasaskan prestasi. Apa yang paling mustahak, ialah saya mahu memastikan agar stroktor kerajaan akan memenuhi keperluan rakyat sebaik mungkin. Ia juga sebagai sebuah kerajaan yang dikemas - kini bagi memastikan penyampaian khidmatan awam yang lebih berkesan seiring dengan tuntutan zaman baru serba mencabar ini.
Oleh itu saya telah memutuskan untuk mengurangkan bilang kementerian dalam kabinet baru ini. Dua kementerian telah dibubarkaan dan fungsi mereka diserap ke dalam kementerian lain yang sedia ada. Sebuah kementerian yang dinamakan Kementerian teknologi Hijau dan Air telah ditubuhkan dengan mandat mamajukan konsep pembangunan mampan pengamalan teknologi hijau.
Saya juga telah melantik seorang menteri yang bertangungjawab bagi perpaduan di Jabatan Perdana Menteri sekali gus turut bertangungjawab bagi pengurusan prestasi. Potpolio baru ini akan mengamalkan pendekatan yang kreatif ke arah pembentukan perpaduan nasional bersesuaian dengan konsep satu Malaysia, rakyat didahulukan, prestasai diutamakan.
Di atas segalanya, memulihan ekonomi serta pembinaan jangka panjang menjadi keutamaan tertinggi bagi kerajaan baru itu. Oleh itu saya akan menerajuiusaha mulia ini demi memperbaharui ekonomi negara dengan bantuan sebuah pasukanterbukti berpengalaman untuk bekerja demi Malaysia.
Usaha pembaharuan ekonomi ini akan melibatkan penubuhan sebuah Majlis Pensihat Ekonomi yang akan melaporkan terus kepada saya. Majlis ini akan memberikan khidmat nasihat pakar bersifat bebas dan objektif mengharungi suasan ekonomi yang cuku mencabar dan usaha membina asas sebuah ekonomi yang berfaksikan enovasi. Jawatan pada Majlis Penasihat Ekonom ini adalah bertaraf menteri. Selain itu, bagi memastikan agar eset terpenting negara, iaitu modal insan terus di manfaatkan sebaik – baiknya.
Timbalan Perdana menteri diamanahkan memimpin sebuah pasukan yang akan menumpukan usaha ke arah menggilap potensi dan menyerlahkan bakagt yang ada di negra kita. Saya amat yakin dan percaya bahawa usaha pembaharuan negara perlu bermula dengan pembaharuan kerajaan.
Sebuah Jemaah Menteri yang baru dengan tangungjawab yang baru serta strruktor yang baru. Pesanan saya kepada Jemaah Menteri yang baru dilantik, beringatlah, bahawa rakyat mengharapkan agar kita bekerja tanpa jemu sentiasa mengedenag rintihan mereka dan terus bekerja tanpa henti demi komintemem terhadap satu Malaysia.
Begitulah juga bahawa kita telah dibri penghormatan untukberkhmat kepada rakyat dan negara lantas kita seharusnya menerima penghormatan tersebut dengan penuh rasa rendah diri dan dedikasi.
Kepada para pegawai Perkhidmatan Malaysia yang cemerlang nyatanya khidsmat sauvara sauvdari sangat dihargai dan amat penting bagi kemakmuran jangka panjang.
Kabinet baru ini akan meletakkan keperluan yang bertuntutan tinggi dan penuh komintem terhdap jawatan yang disadang. Lantan kami mintas saudara dan saudari semua bersama kami ,melentkapi komintemn kami untukbekerja bergending bahu mencurahkan penuh tenaga kepada rakyat.
Kepda rakyat Malaysia terimalah cabaran saya terutamanay golongan muda untguk bersama – samamedmadu tenaga ke arah pembaharuan negara. Kita haru memahami bahwa era kerajaan yang brtindak mengawal secara keterlaluan dan mengamalkan sikap kerajaan lebih mengetahui atau governmentknow...sudah berlalu.Kita akan hanya mampu mencapai cita- cita untuk Melaysia apabila kerajaan serta rakyat sama – sama satu tenaga membina sebuah negara yang aman lagi makmur. Hakikatnya, kita masih berhdapan dengan banyak halangan,akan tetapi saya percaya bahawa tiada masalah wujud di negara yang tidak sapat ditangani dengan kehebatan, keupayaan, kemahiran dan bakat yang dimilki oleh rakyat kita. Oleh itu, marilah bersama kami, marilah brsama pasukan bersemangat ini, bersama kita terokai perjalanan hebatdan meperbaharuan negara tercinta ini hingga menjadi kita pencapaian yang membanggakan buat kita satu hari nanti.Insya Allah.(Ucapan pada majlis mengistiharkan 'Kabinet Najib', di Jabatan Pertdana Menteri, Putrajaya, pada 9 April 2009).
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.