JADI ULAT KOYAK DAUN
Oleh: Mokhtar Petah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menganggap pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahtir Mohamad bahawa beliau tidak layak menjadi menteri sebagai tidak relevan.
“Lihat pada saya sekarang, ada kah saya kisah atau terganggu dengan perkara itu ..., tak berbaloi komen mengenai isu ini. Dia orang tua, apa fikirannya tidak lagi relevan , biarkan dia bercakap.
“Kalau anda semua (para wartawan) nak layan, terpulanglah kepada anda, tapi pada jam 12.35 tengahari ini (semalam), saya masih lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dia orang tua, biarlah dia.” (Berita Harian, 24 April, 2009).
Saya tertarik hati akan isu ini. Saya percaya sebilangan dari orang ramai di negara ini mengetahui; siapa Dr. Mahathir Mohamad dengan Nazri dan siapa
Nazri Aziz dengan Dr. Mahathir Mohamad.
Dr. Mahathir Mohamad adalah seorang dari pem impin - pemimpin negara ini yang kalau menurut kaedah Islam, sedaang menyesal dan kaedah kemanusiaan, sedang kecewa (frusrated) atas banyak hal yang berhubungan dengan orang ramai di sebabkan tindak tanduk beliau sendiri pada masa beliau memegang kekuasaan dan sebagai seorang kuasa waja (iron power) atau hampir dengan diktator moden di Asia.
Di antara tidak tanduk beliau pada masa itu dan selepas meninggal takhta kerajaan, di antaranya:
1 - Menghapuskan immuniy (kekebalan) Raja Melayu.
2 - Mentehomah dan menjatuhkan Timbalan Perdana
Menteri dan melakukan liwat atau homoseksual dengan
dua lelaki dewasa.
3 - Men ahan ramai rakyat Malaysia di bawah Internal
Security act (AktaKeselamatan dalam Negeri).
4 - Meliau telah melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya
melantik beliau Timbalan Perdana Menteri dan
seterusnya melantik putera Kepala Batasa itu untuk
menduduki kersui Perdana Menteri Malaysia, tetapi
kemudiannya, iaitu setelah jambatan bengkok
Johor Bharu - Singapura dibatalkan oleh kabinet, maka
beliau melaungkan di mana - mana, bahawa beliau
silap pilih Abdulllah Ahmad Badawi.
5 - Di mana - mana sahaja, beliau telah mencerca,
mengumpat, mengutuk dan merendahkan Abdullah
Ahmad Badawi.
Kritik demi keritik. Kecaman demi kecaman dan berbagai cara telah dilakukan oleh Dr. Mahathir Mohamad terhadap Abdullah Badawi, tetapi sebagai orang berbudi ‘diam lebih baik dari banyak bercakap’, Abdullah tidak menjawab semua tutur kata kesat oleh bekas ketuanya itu.
Seperti yang saya ketahui; Abdullah Badawi yang kelihatan lembut dan lemah itu, sebenarnya seorang yang tegas dan teguh hati. Berfikir sebelum bercakap. Sentiasa mengelak dari memburuk-burukkan orang lain.Ini adalah nilai peribadi yang diwarisinya dari datuknya, Sheikh Abdullah Fahim dan bapanya, Haji Ahmad Badawi.
Manakala Dr. Mahathir Mohamad seperti yang kita ketahui sering bercakap ‘lepas mulut’ atau tidak berfikir sebelum bercakap. Pada massa dia berkuasa tidak ada siapa yang membantah, hatta para wartawan yang terikat dengan sesebuah organisasi media yang berada di bawah teduhan kerajaan atau UMNO. Pada masa itu Dr. Mahathir Mohamad seolah-olah fikiran dan tindakannya ‘benar adanya’.
Disebabkan cakap dan fikir ‘benar adanya’, maka ramai manusia pada masa beliau menerajui kerajaan telah menjadi mangsa ‘tanpa telaga gas’ tetapi berkeadaan batang keladi layu kepanasan. Tan Sri Musa Hitam ‘angkat kaki’ dan menjadi ‘musafir politik’. Hakim, Tun Mohd. Salleh Abas ‘luruh’ dari jawatannya hingga hilang segala faedah dari perkhidmatannya. Anwar Ibrahim menerima ‘kesengsaraan’ hilang jawatan. Tercemar maruah diri dan maruah keluarga. Meringkuk dalam penjara.Dibelasah oleh Ketua Polis Negara. Kini menjadi ‘musafir khana ilmu pengetahuan dan politik’.
Berkata seorang dari ulama yang mursyid kepada saya; semua orang yang melakukan ‘keburukan’ atas Anwar Ibrahim telah menerima balasan; termasuk individu yang menendang pintu rumah Anwar di Bukit Damansara dan menangkapnya. Hanya seorang lagi belum menerima balasan dari Allah!?.
Sebagai orang Islam dan mukmin, kita tidak dapat mengatakan Dr Mahathir Mohamad salah atau benar. Kita adalah manusia, ‘Sesungguhnya manusia itu amat tidak jujur dan amat bodoh. Quran, Al Ahzab: 72. Kita hanya orang-orang yang menanti waktu, ‘...tunggulah sampai Dia (Allah) menghukum antara kita. Dan Dia(Tuhan)lah sebaik-baik Hakim’.(Quran, Al A’araf: 87
Manusia sering menutup kesalahan yang dilakukannya. Ada kalanya yang ditutup itu tidak dapat diketahui oleh manusia. Ada pula dia menutup kesalahannya seperti ‘menutup bangkai dengan tapak tangan’. Tetapi Allah Maha Mengetahui.
Pada 14 Julai 2006 lalu semua rakyat ini telah mendapat tahu secara jelas akan sebab-sebab Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Abdullah Badawi tidak mahu meneruskan projek ‘Jambatan bengkok’ dari Johor ke Pulau Singapura yang dimulakan pada masa Dr. Mahathir Mohamad masih Perdana Menteri negara ini.
Dr. Mahathir Mohamad telah menulis sebuah buku Malay Dilema (Melayu Dalam Dilema) dan dalam buku itu beliau telah memprotes dan mengkritik Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman kerana mengutamakan saudagar Cina dan sebagianya. Tetapi setelah beliau brkuasa sebagai Menteri, beliau telah melakukan segala - galanya lebih dari Tunku Abdul Rahman,
Tunku Abdul Rahman telah berkata kepada saya, “ ... Mahathir kata kat saya, dia ghasa dia yang betoi ..., tapi bila dia jadi pm, dia lebih dari kata dulang paku serpih ..., tak bhaik kata oghang ..., nanti Tuhan balas ..., tua jadi nyanyuk ...”
Tidak ramai orang yang mengetahuinya ‘kisah krisis’ pada masa Dr. Mahathir Mohamad belum dilantik Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Perdana Menteri, Allahyarham Tun Hessein. Atas perhatian dan keyakinan akan kebijaksanaan dan kewibawaan ahli Dewan Rakyat (Pahang) dan bekas Menteri Hal Ehwal Luar Malaysia, Tan Sri Ghazali Shafie, maka Hussein Onn telah memberitahu kepada King Gaz itu yang beliau akan melantiknya untuk memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tetapi kerana Dr. Mahathir Mohamad mendapat sokongan yang kuat dari orang-orang Pergerakan Pemuda UMNO (termasuk Megat Junid) dan satu force ke atas Presiden UMNO dan Perdana Menteri itu dilakukan. Maka Hussein Onn terpaksa berada dalam ‘rela dalam paksaan’ dan membatalkan hasratnya dan melantik Dr. Mahathir Mohamad.( Dari manuskrip buku, Abdullah Badawi. Diberitahu oleh Tun Hussein Onn sendiri kepada saya. Dan pengakuan Tan Sri Ghazali Shafie sendiri kepada saya).
Ulama terkenal, Allahyahram Haji Mat Saman Kati, tatkala bercakap tentang Dr Mahathir Mohammad memperetikaikan janggut Nabi Muhammad dan para ulama, katanya, “ ...oghang Melayu jati tak cakap macam tu, tapi kerana sebelah bapanya keturunan bukan Melayu, dia ikut cara oghang dia ..., nak kata oghang dia kata ikut sedap mulut saja.”
Orang tua - tua Melayu (ulama juga) yang mengikuti tindak tanduk dan cakap Dr, Mahathir Mohamad sekarang, telah brkata kepada saya:
“Apabila seorang tua (melebih 80 tahun usianya), dia bercakap bawah sesuai dengan agama Islam, maka percakapannya boleh diterima sebagai amalan yang baik, tetapi kalau dia bercakap berlawanan dengan agama Islam, seperti menghina orang, menyalahkan orang lain dan dirinya sahaja yang betul atau mengambil tahu atau campur tangan dengan urusan orang lain, maka perkataannya tidAk boleh dipakai, kerana dia telah nyanyuk.
Orang yang begini, kalau dia kembali sedar dan mengikut landasan agama Islam, maka matinya dalam iman, tetapi kalau dia masih meneruskan perbuatannya itu, maka matinya sebagai mati orang munafik.”
Sepatutnya pada usia dua, Dr. Mahathir Mohamad tidak menjadi ‘pengancau’ atau ‘ulat koyak daun’ terhadap fikiran dan perejuangan orang sekarang. Elok benar kalau beliau menjadi tempat rujukan para politikus nasionalis (bukan politikus yang berpegang kepada politik Islam). Tidak beliau molek mencampuri urusan orang sekarang.
Saya melihat, Dr. Mahathir Mohamad ada agenda atau rancangan untuk kepentingan dirinya sendiri dan kekuarganya. Beliau telah keluar dri UMNO kerana marah dan bencikan Abdullah Ahmab Badawi kerana beliau tgidak diberi peluang mencampuri kerajaan dan sebagainya.
Dr.Mahathir Mohamad telah bertindak seperti ‘pukul anak sindir menantu’ - Najib Tun Razak yang dituju, tetapi Nazri Aziz yang terkena. Nazri Aziz adalah satu - satunya politiku dan menteri yang menjadi ‘batu tagan’ kepada Najib tun Razak. Tidak ada Nazri, kekuatan Najib akan lemah dan boleh dipermainkan orang.
Beliau telah menojak Zazri Aziz dengan tujuan tertentu. Siapa pun faham; kini anak lelaki beliau, Dato Mukhriz berkedukudan sebagai Timbalan Menteri, jika Nazri aziz melatah - letak juawatan atau Najib Tun Razak termakan ‘candu politik” bekas Perdana Menteri itu, dengan tidak teragak - agak beliau menyingkirkan Nazri Azizs seperti Dr. Mahathir Mohamad menyingkir Abdullah Ahmad Badawi dan Anwar Ibrahim, tentulah Mukriz akan memenuhi tempat yang kosong itu.
Nampakn ya Dr. Mahathir Mohamad tidak akan mendiamkan diri selagi putreranya belum memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menteri.
Kalangan Majlis Tertinggi UMNO dan para ahli parti itu eloklah beringat dan berhati - hati, bahawa antara sebab UMNO - Barisan Nasional kecundang dalam pilihan raya kecil kawasan Dewan Rakayat Bukit Gantang, ialah kerana kedatangan Dr. Mahathir Mohammad.
Pada zaman Nabi Mumamad s.a.w. mengetuai pemerintahan Negara Islam Madinah, seorang ketua orang - orang maunafik, Abdullah Ibnu Ubai menjadi ‘tukang kacau daun’ dan ‘koyak daun’ dan akibatnya 70 pahlawan terkorban dalam perang di gunung Uhud.
Saya melihat ke hadapan, Dr. Mahathir Mohamad yang suka bercakap ke sana dan ke mari serta menggunakan blogs sendiri dengan menyalahkan orang lain, akan mengakibatkan orang Melayu terus berselisih faham dan akan berkrisis hingga ke peringkat kabinet.
Apabila berlaku hal yang demikian, maka yang akan mendapat hasil adalah beliau sendiri dan keluarga beliau. Apabila ada orang - orang tertentu membangkitkan semula perkara ‘jambatan bengkok’ Johor Bharu - Singapura, poerkara itu tentulah menggembirkan bekas Perdana Menteri itu.
(habis)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.