ISTERI - ISTERI NABI
'Hai Nabi (Muhammad s.a.w.), katakan kepada isteri - isteri anda: Kalau kalian menghendaki kehidupan dan perhiasan dunia, marilah, saya akan (tunaikan) pemberian itu kepada kalian, dan saya akan ceraikan kalian dengan perceraian yang baik.'
Penjelasan: Menurut ahli tafsir, bahawa Nabi Muhammad telah berkahwin dengan Sasyyidah Khadijah pada usia Junjungan 25 tahun dan sayyidah Khadijah 40 tahun. Perkahwinan itu memberi keberuntungan kepada pasangan itu. Sayyidah Khadijah memang seorang janda yang cerdas fikiran dan bijaksana. Selama hidup dengan Sayyidah Khadijah, Nabi Muhammad tidak pernah berkahwin dengan perempuan lain. Setelah Siti Khdijah meninggal dunia barulah Junjjungan berkahwin dengan perempuan – perempuan lain. Perkahwinan itu mempunyai kepentingan melindungi nasib beberapa orang perempuan janda, menyampaikan ajaran dan hikmah Islam kepada kaum wanita, terutama yang berhubungan dengan kerumahtanggaan dan menghapuskan adat atau tradisi menjadikan anak angkat sebagai anak kandung sendiri. Junjungan berkahwin dengan Zainab, janda kepada Zaid bin Harithah. Junjungan telah berkahwin dengan anak dara sunti, iaitu puteri Syedina Abu Bakar As Siddiq. Sayyidah Aishah meriwayat banyak Hadis Junjungan.
Setelah kemenangan tentera Islam di madinah, sebagai manusia, ada di antara isteri – isteri Junjungan ingin kepada kemewahan dan kesenangan dunia. Mereka itu akan dicerai oleh Junjungan kerana tidak sepetutnya ada kemewahan dalam rumah tangga Junjungan sebagai Rasul Allah dan pemimpin umat Islam dan manusia.
Setiap individu yang kaya raya setelah menjadi pemimpin akan menimbulkan berbagai tohmah, terutama perbuatan rasuah.
'Dan jika kalian menghendaki Allah dan negeri (atau kampung) akhirat, sesungguhnya Allah telah menyediakan pahala yang besar untuk orang – orang yang berbuat kebaikan daripada kalian.
Hai isteri – isteri Nabi, sesiapa di antara kalian yang mengerjakan perbuatan keji yang terang (seperti zina, mengumpat dan sebagainya), nescaya hukumnya dua kali lipat ganda, dan hal demikian bagi Allah mudah belaka.
Sesiapa di antara kalian yang taat kepada Allah dan Nabi – Nya, mengerjakan amalan baik, nescaya Kami akan kurniakan kepadanya pahala dua kali lipat ganda, dan untuk mereka Kami sediakan rezeki yang banyak.
Hai isteri – isteri Nabi, kalian tidaklah seperti (sama) perempuan – perempuan (lain). Kalau kalian mengetahui (kepada Allah), janganlah kian bercakap lemah lembut (manja) – dengan orang lelaki – nanti timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya. Dan bercakaplah dengan perkataan yang betul (lurus).
Dan kalian tetaplah dalam rumah kalian. Jangalah kalian berhias diri sebagai orang (perempuan ) pada zaman jahiliah yang awal. Dan dirikanlah sembahyang dan patulah kepada Allah dan Rasul – Nya. Sesungguhnya Allah itu hendak menghapuskan kekotoran dari kalian, hai anggota keluarga (Nabi), dan hendaklah membersihakan diri kalian sebersih - bersihnya.
Dan bacalah ayat - yat Allah dan hikmah – pengetahuan - , iaitu Hadis Nabi Muhammad, yang dibaca dalam rumah kalian; sesungguhnya Allah itu Halus (iaitu mengerti perkara yang halus) dan cukup pengetahui. Al Ahzab:28 - 34
HADIS
TEROKA TANAH
Nabi Muhammad s.a.w. Telah bersabda: Sesiapa yang meneroka tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa, maka dia lebih berhak (atas tanah itu).
Perawi: Sayyidatana Aishah dan Imam Bukhari.
PETUA
MENDABIK DADA
Orang yang tidak berpelajaran, bercakap berpandukan tempurung lututnya. Pemimpin yang memerintah dengan cara kekerasan atau paksaan, sama dengan orang yang berpandukan tempurung lututnya. Orang begini sering mendabik dada, mengaku dirinya lebih baik, pandai dan bijak dari orang lain.
Siapakah yang menentang RajaMelayu?
Benarkah Takhta akan jadi bahah
sajarah di muzium?
Bacalah buku ini ! Edisi baru!!
MOKHTAR PETAH
KERAJAAN MANSUH
KEKEBALAN
RAJA MELAYU
_______________________________________________________
HARAPAN RAKYAT
(Untuk PM dan Para Anggota Kebinetnya)
Harapan rakyat,
Hanya pangkah keramat,
rakyat kudung jari di permatang,
sang semput di peinggir bandar,
anda bergelar menteri berhormat,
nama terjulang di langit nusa.
Harapan rakyat,
Madah perintah Menteri Perdana;
wajib amalkan konsep harga diri,
Integriti, kebolehan, kesetiaan,
Harapan rakyat
kita dan mereka rakyat negara,
konsep satu Melaysia falsafah bangsa,
terus dan adil perbezaan tiada,
senang sama derita sama jua,
Satu Malaysia jamin padu kita.
Harapan rakyat,
Ujar Najib, “Dekatkan di hati rakyat,
mesra rakyat semua peringkat.”
Turun padang kenal haruan dan limbat,
rakyat mana ketinggalan nikmat,
yang sakit ubatnya; cuma air gamat.
Harapan rakyat,
usah di kejar kaya dan mewah,
biarkan rakyat hidup susah,
telan cabai patah nasi tanpa kuah,
ratap hidup dibelit derita dan payah,
kerana pemimpin cuai dan megah.
Harapan rakyat,
entah ada gunting dalam lipatan,
setia tiada khianat jadi pegangan,
berhati Qarun dan firaun dilaknat Tuhan.
musuh Tuhan rakan syaitan,
perosak rakyat penyangak watan.
Harapan rakyat,
kerajaan baru pentadbiran gemilang,
kumpulan istimewa dilayang seimbang,
rakyat merhein sama ditimbang,
agar tujuan tidak 'telur tembelang',
khidmat kerajaan tetap gemilang.
Harapan rakyat,
Jika sungguh bagai dikata,
rakyat serahkan jiwa - raga,
jihad ikhlas bentengkan dada,
prestasi kerajaan perlu dijaga,
kerajaan kita Allah reda,
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.