Friday, April 3, 2009

ABDULLAH BADAWI PERDANA MENTERI MALAYSIA

Abdullah Ahmad Badawi
(Gambar Jabatan Perdana Menteri Malaysia)

Dalam hal keterbukaan .., saya memberi ruang yang lebih besar sejak pilihan raya 2004, saya beri keterbukaan ..., kebebasan ..., untuk mereka berbicara ..., saya ingin mendengar pendapat rakyat akan hal – hal politiki, ekonomi, sosial negara kita. Kita tidak boleh mengatakan, hanya kerajaan yang boleh fikir ..., orang lain ikut saja, itu bukan caranya ..., buka cara saya. Saya hendak mendengar apa reaksi mereka ..., jadi saya biarkan kebebasan itu ..., saya sanggup mendengar ( sungutan, kritikan dan teguran orang ramai). Orang lain tak sanggup ...”

Tukhan melaksanakan sesuatu tanpoa kitra menjangkanya ..., saya amat2 gtembira masiah terus dapat memberfi sumbangan kemanusiaan di sebalik keadaan kesihatan sayang tidak mengizinkan.”

Pada hari wafat isteri beliau, Allahyarhamha Datin Seri Endon Mahmood, Abdullah Ahmad Badawi berkata, “Sebagai manusia, jika kita amat sayang kepada seseorang atau sayangkan sesuatu, di mana sahaja kita berada kita tetap akan mengingati dan menyayanginya.”


Mengenang Datin Seri Endon Mahmood


DI BATAS USIA


Pada pagi dingin ini,

Madah pamitan di bibir bedi,

Suara hati seorang isteri,

Memilukan suami bestari.


Tertunai sudah janji kita,

Kasih mesra kita bersama,

Hidup kita berbelit duka,

Tabah tawakal kita berdua,

Endon nanti di pintu syurga.”


Di batas usia ibu pulang,

Kasih sayang bukan kepalang,

Laksana langit berhias bintang,

Tabahkan hati tanpa walang.


Dari sini, ibu pertiwi bertuah,

Bersama kasih semua bunda berhijrah,

Ke lahad sepi menuju barzah,

Alam akhirat menemui Allah,

Berbekal iman amal ibadah.


Sebak hati, sedih lara,

Tasik dada resah gelora,

Tanpa madah banjir air mata,

Kerana taulan setia,

Ibu mulia meninggalkan kita.

Mokhtar Petah

(Dari buku, Abdullah Badawi Penjana Modal Insan,

oleh: Mokhtar Petah - 2006)











No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.