Tuesday, March 24, 2009

YAHAYA ISMAIL DAKWA KHAIRI


' PUSING CERITA'

'Saya tidak pernah ugut Khairy. Saya cuma menawarkan dia membeli hakcipta manuskrip', kata penulis buku Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin.Penulis berkenaan, Yahya Ismail, memberitahu Agendadaily Isnin, beliau memang ada menemui Khairy tetapi pertemuan itu hanya membincangkan urus niaga. “Sebelum mencetak buku itu, saya, dengan ditemani seorang kawan, membawa manuskrip itu untuk ditunjukkan kepada Khairy.


"Saya tidak pernah ugut Khairy. Saya cuma menawarkan dia membeli hakcipta manuskrip", kata penulis buku Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin .

Penulis berkenaan, Yahya Ismail, memberitahu Agendadaily Isnin, beliau memang ada menemui Khairy tetapi pertemuan itu hanya membincangkan urus niaga. “Sebelum mencetak buku itu, saya, dengan ditemani seorang kawan, membawa manuskrip itu untuk ditunjukkan kepada Khairy.

“Saya menawarkan dia membaca buku itu dan jika berminat, dia boleh membeli hakcipta manuskrip itu dengan harga RM100,000 dan jika tidak berminat, tak apa. Saya membenarkan dia menyimpan manuskrip itu selama sehari supaya dia boleh membacanya dahulu.

“Keesokannya dia memulangkan manuskrip itu menerusi seorang rakannya dengan pesanan bahawa dia tidak ada duit dan tidak berminat membelinya,” kata Yahaya.

Menurut Yahaya dia tidak menyangka Khairy boleh “memusing cerita” dengan membuat tuduhan dia diugut dan membuat laporan polis.

Yahaya berkata beliau belum dipanggil membuat keterangan oleh polis berhubung aduan Khairi, dan bersedia memberi keterangan jika dipanggil.

“Saya tidak takut. Saya tak pernah buat sebarang ugutan. Saya tak perlukan wang Khairy. Saya telah menulis buku sejak 1977 dan selama itu saya telah berjaya mengumpul harta. Dengan duit menulis inilah saya berjaya memiliki sebuah banglo dan menghantar anak belajar di luar negara.

“Saya cetak buku itu 10,000 keping dan sejak diedarkan pada 15 Mac, sudah terjual 1,000. Saya rasa tidak akan menghadapi masalah menjual kesemuanya dan saya yakin buku itu akan laku,” tambahnya.



------------------------


Buku: Khairy dakwa diugut RM100,000

Menjelang pemilihan jawatan UMNO kali ini Khairy Jamaluddin menjadi calon pertama yang serangan buku.Buku berkenaan bertajuk ‘ Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin’ ditulis oleh Yahaya Ismail.

Naib Ketua Pemuda UMNO yang akan berentap tiga penjuru jawatan Ketua Pemuda UMNO Ahad pagi membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields,Kuala Lumpur terhadap penulis buku itu.

Beliau mendakwa buku berkenaan yang diedarkan kepada para perwakilan sejak minggu lalu adalah untuk mencemar nama baiknya.

Khairy juga mendakwa Yahaya cuba peras ugutnya RM100,000.

Dakwanya Yahaya ada datang ke pejabatnya menuntut wang itu jika ia tidak mahu diedarkan.

Penerbitan buku itu dikatakan ditaja oleh musuh politiknya.

Kata Khairy buku itu mengandongi berbagai pembohongan mengenai dirinya dan minta perwakilan UMNO tidak mempercayainya.

Yahaya ialah seorang penulis buku-buku politik yang pernah menerbitkan sebilangan buku sebelum ini.

(Berita ini diambil dari Aginda Daily, 24 Mac 2009).

Bicara penulis tua: Yahya Ismail bekas pegawai Dewan Bahasa Dan Pustaka, pensyarah di Universiti Saians Malaysia (USM). Dia adalah di antara para penulis Malaysia yang paling berani menulis mengenai maanusia politik (politikius). Kerana menulis, dia sanggup meringkuk dalam pejara.

Khairy Jamaluddin: Seorang polikut muda. Gelojoh orangnya. Stylenya macaam para politikus British dan Amerika. Berbeza dari negarawan utama kita, Abdullah Badawi, ialah bapa mertuanya. Dia bukan play boy. Titik koma lifenya berada dalam saku para penulis dan wartawan politik. Kerana dia mula terkenal kerana menantu Perdana Menteri. Tetapi zaman depannya tidak sama dengan zaman yang dialami oleh bapa mertuanya. Zaman depannya masih laksana kabus yang kita renung pada waktu subuh.

Bisanya, di mana - mana negara di seluruh dunia, para politikus, termasuk dua Menteri Besar Perak. Ghazali Jawai dan Wan Mohamed, kerana clash dengan penulis dan warrtawan, maka mereka terjun seperti kelkatu pata dua sayap di udara dan terjun menjunam ke bumi.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.