Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di bawah
pokok rendang, tidak jauh dari Bangunan Darul
Redzuan - di dalamnya DUN sebenar.
(Gambar dari Berita Harian online)
IPOH - Beberapa jam sebelum Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak tidak booleh diadakan dan kalau di adakan tidak sah, Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar telah memimpin sidang tergempar ADUN, di bawah pokok, tidak jauh dari Bangunan Darul Redzuan, pada pagi semalam.
Semua ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat - DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS telah hadir.

Dalam sidang tergempat itu semua ahli Dewan telah mengangkat tangan menyokong usul yang dibawa ke dalam sidang tersebut.
Punca yang rapat dengan istana Sultan Perak memberitahu, bahawa sidang bawa pokok itu sebagai menyindir Sultan Perak dan mengikut adat istiadat Melayu, bahawa perbuatan itu satu penderhakaan kepada Sultan.
Sidang Dewan Undangan Negeri di bawah pokok itu menjadi catatan sejarah Malaysia dan Negeri Perak. Catatan itu sama dengan catatan dalam sejarah:
* Cerita legenda 'Hang Jebat menentang Sultan Melaka kerana setianya
kepada kawannya Hang Tuah'.
* Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar dan para pengikutnya menentang
Raja Melayu bersabit dengan isu cadangan beliau untuk melantik Timbalan
Pesuruhjaya Tinggi PTM dari anak Melayu.
* Segolongan orang Melayu Perak memaki hamun Sultan Yusuf Abdul Aziz
Shah (1938 - 1948) kerana menandatangani warkah persetujuan penjajah
Inggeris menubuhkan Malayan Union pada 1946.
* Para ahli UMNO Selangor yang diketuai oleh Tan Sri Mohammad bin Mohd.
Taib menanggah Sultan Selangor, Sultan Salahudin Abdul Aziz kerana kes
kapitan Cina'.
* Dr. Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Ghafar Baba dan para pengikut
mereka melaung kata-kata derhaka kepada Sultan Johor dan Sultan
Kelantan yang kemudiannya Parlimen memutuskan 'menghapuskan
immunity (kekebalan) Raja Melayu.
Setelah merenung jauh ke hadapan, krisis politik di Perak yang berlarutan, maka amat patut Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, timbalan beliau, Dato Seri Najib Tun Razak dan Majlis Raja-Raja Melayu bersama dengan Suruhanjaya Kehakiman Malaysia mencari ikhtiar bagi menyelesaikan isu atau masalah tersebut.
Setiap yang bertanggungjawab, mestilah ambil kira, keributan atau pergolakan golongan dalam parti-parti politik yang meraung tidak puas hati kepada Sultan Perak, sebilangan besar rakyat yang tidak berparti politik berada dalam keadaan seperti 'arnab lapar dalam hujan'.
Kita yang menyanjung 'Islam Agama Persekutuan' (Pelembagaan), hendaknya mematuhi firman Allah dalam Quran yang bermaksud: Taatkan Allah, taatkan Rasul, dan ulil amri (orang yang berkuasa memerintah), jika berlaku perselisihan, kembalilah kepada Allah dan rasul (Quran dan Sunnah).
Bagaimana pendapat Mufti Perak, Dato' Sri Harussani Zakaria dan Majlis Mufti Malaysia?
Bukankah masalah ini menjadi tanggungjawab semua yang diberi tanggungjawab di negara ini?

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.