RASUAH
Rasuah di mana - mana,
di gedung menteri di lorong mati,
rasuah lebih utama dari ijazah,
minta dan rayu hampa cuma.
Rasuah di mana - mana,
rela rasuah berdarjat jutawan,
hidup mulia disanjung dipuja,
‘ahli koporat gigih jati diri’.
Rasuah di mana - mana,
sepasang pekhawat lepas bebas,
jika berasuah kepada penguatkuasa,
rasa bersama atau wang jadi hadiad.
Rasuah di mana - mana,
yang mengetahui sukar bemadah,
di manjaka lidah suara terangkut,
tanpa bukti badan didera hukum.
Rasuah di mana - mana,
jika spa jujur dan telus,
usah dipilih belida dan seluang,
jika curang diketahui Tuhan.
Andainya laksanan berjalan semut,
suara naga mengocah alam.
elakkan ‘kata dulang paku serpih’.
Rasuah di mana-mana,
ramai politikus tanpa ladang,
bukan pendagang di puncak jaya,
pengilang wang atau dinar,
kempen politik belanja wang berjuta.
Jika mereka perintah negara,
pimpinan mereka dilaknat Allah,
rakyat derita melarsat merata,
negara muflis bangsa mengemis.
Putrjaya ……………Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.