LALAI SEMBAHYANG
Adakah kamu perhatikan orang - orang yang mendustakan agama (Islam) atau hari pembalasan (akhirat)?
Itulah (orang) yang mengusir anak yatim piatu.
Dan tidak menganjurkan untuk memberi makanan kepada orang miskin.
Maka (sebab itu) celaka bagi orang - orang yang bersembahyang,
Yang lalai dari sembayangnya.
Yang mengerjakan (kebaikan) untuk dilihat orang.
Dan enggan membayar zakat. – Al Ma’un: 1 - 7
HADIS
HORMATI TETAMU
“Menghormati (melayan) tetamu wajib bagi setiap orang Islam,” sabda Nabi Muhammad sallal Lahu alaihi wa sallam. – Perawi: Ahmad dan Abu Daud.
PETUA
Para ulama berpendpat: Jika sekumpulan orang Islam berselisihan dalam menjalankan urusan berhubungan dengan umat Islam, kembalilah kepada Quran dan Sunnah, kalau mereka tidak melakukannya, maka mereka akan menerima akibat dari perselisihan itu, seperti huru hara, papa kedana, kebakaran atau dikuasai oleh orang – orang beragama lain.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.