Thursday, March 26, 2009

PAK LAH SERU DAN IKRAR SOKONG PRESIDEN


Abdullah dan Najib berpelukan ikhlas
(Gambar ini dari Berita Harian Online 27/3/09

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyampaikan ucapan dasarnya terakhir pada Perhimpunan Agung UMNO hari Khamis menyatakan ikrarnya untuk memberikan sokongan padu kepada Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang baru. Serentak dengan itu beliau mengingatkan agar jangan ada pihak-pihak yang bertanggungjawab menjatuhkan pemimpin UMNO di kerusi Perdana Menteri. “Saya menyeru supaya beliau diberikan sokongan yang padu untuk membolehkan beliau membawa negara ke mercu kejayaan yang lebih gemilang. “Saya sendiri berikrar untuk memberikan sokongan padu kepada Presiden UMNO yang baru...kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh oleh para perwakilan serta pemerhati perhimpunan agung berkenaan. Dalam ucapannya yang disampaikan kira-kira 45 minit itu, Abdullah menggariskan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh UMNO dan usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi memantapkan lagi parti berkenaan menghadapi cabaran masa depan. KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT - 26/3/2009



Khairy Ketua Pemuda...Shahrizat Ketua Wanita...Rosnah Ketua Puteri


Khairy Jamaluddin Abu Bakar muncul sebagai pemenang pertandingan Ketua Pemuda UMNO dengan memperolehi 304 undi menewaskan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo 254 dan Datuk Muhkriz Mahathir 232. Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pula, Datuk Razali Ibrahim diisytihar sebagai pemenang dengan memperolehi 417 undi menewaskan pencabarnya Datuk Reezal Merican Naina Merican. Sejurus diumum menang di lokasi mesyuarat Pemuda UMNO di Dewan Tun Hussein Onn,PWTC Khairy terus memeluk Mukhriz yang hadir sama semasa pengumuman dibuat. Dr Khir tidak ada kerana menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung waktu itu di tingkat 39 Menara Dato Onn,PWTC. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT - 25/3/2009



Debar menanti keputusan...

Ramai sekali orang bersesak di PWTC sejak jam 6 petang Rabu menunggu keputusan pemilihan jawatan Pergerakan Pemuda,Wanita dan Puteri UMNO.Bagaimanapun penantian mereka yang mendebarkan itu hanya berakhir menjelang tengah malam.Keputusan pertama yang diumumkan ialah Wanita UMNO pada jam 9.15 malam.Ini diikuti oleh Puteri sejam kemudian.Keputusan Pemuda yang sangat dinanti-nantikan hanya diumumkan pada jam 11.25 malam.Sepanjang penantian itu sekali sekali kedengaran para penyokong calon khususnya untuk Ketua Pemuda bersorak mengamatkan suasana.Dalam pada itu spekulasi dan teka teki berlegar mengenai keputusan 'tidak rasmi' dari masa ke semasa.Namun didapati kali ini pihak urusetia kiraaan undi UMNO dapat kunci rapat keputusan dari bocor keluar hingga ia diumumkan secara rasmi.- 25/3/2009





Ilmu apa mereka pakai….?

Pertama kali dalam sejarah...empat calon serentak dari satu UMNO bahagian yakni PUTRAJAYA - Datuk Ahmad Zaki Zahid,Hishamuddin Yahaya (Yeop),Khairun Aseh Che Mat dan Tun Faisal Ismail Aziz menang jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia.Seramai lebih 60 orang bertanding merebut 20 jawatan itu dalam pemilihan jawatan utama Pergerakan Pemuda UMNO Rabu. Lebih menarik lagi rupa-rupanya Zaki, Khairun dan Hishamudin datang dari Cawangan UMNO yang sama iaitu Bunga Matahari. Kebetulan Ketua Cawangan mereka pula ialah Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku mansor yang juga Ketua Bahagian itu.Juga tidak kurang menarik Zaki bertanding lawan Khairun pada pemilihan Ketua Pemuda Bahagian itu pada tahun 2004.Zaki menang.Manakala Hishamuddin berentap dengan Tun Faisal merebut jawatan Naib Ketua Pemuda bahagian pada pemilihan baru-baru ini.Hishamuddin menang.Gambar diatas ialah (dari kiri) Tun Faisal,Zaki dan Hishamuddin .-26/3/2009



Arahan pertama Khairy pastikan bekas bos menang


Ketua Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin Abu Bakar minta perwakilan pemuda beri undi kepada bekas bos mereka, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. “Saya ada hutang yang belum selesai. Arahan pertama saya pada semua (perwakilan pemuda), esok pagi masuk Dewan Merdeka, kita kena pastikan dia menang. Saya tak boleh terima kalau dia kalah atau kurang undi,” katanya.



Cakap Najib jadi modal...



Apa sahaja yang dicakap oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sejak perhimpunan agung UMNO bermula Selasa terus jadi modal rujukan pihak tertentu untuk membuat telahan siapa agaknya yang sesuai berada dalam ‘saf’ kepimpinannya selepas peralihan kuasa. Ketika merasmikan perhimpunan tiga sayap UMNO malam Selasa, ramai penyokong Datuk Mukhriz Tun Mahathir seronok bila Najib beberapa kali guna ayat berani berubah yang kebetulan jadi slogan Mukhriz yang bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. (Berita - berita ini diambil dari Agenda Daily 26 Mac 2009)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.