Monday, March 2, 2009

KUASA SULTAN

NASIB MENTIMUN DENGAN DURIAN
SIDANG SAH TAPI TAK LAKU

Oleh: Mokhtar Petah

V. Sivakumar (Gambar Berita Harian)

Selagi Negeri Perak ada Sultan dan Sultan Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu, siapa sahaja - walaupun keturunan orang India, Cina dan siapa sahaja rakyat negeri itu, wajiblah sedar, bahawa diri mereka ibarat durian dengan mentimun -, durian bergolek mentimun rosak dan mentimun bergolek, mentimun juga rosak.
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar adalah keturunan orang India, yang memanggil sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Perak , esok, tanpa perkenan Sultan, nampaknya dia seolah - seolah 'kebal seperti durian' dan nampaknya dia tidak dapat membezakan antara mentimun dengan durian.
Setiausaha dewan Undangan Negeri, Encik Abdullah Antong Sabri berkata, bahawa sidang tergempar itu tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak.
Menurutnya,berdasarkan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri 8 (1), sidang demikian boleh diadakan, tetapi hendaklah dibaca bersama perkara XXXV1 (1) memerlukan perkenan Sultan.
Menurutnya lagi, perkara XXXV1 (1) memperuntukkan Sultan Perak dari semasa ke semasa memanggil sidang Dewan Undangan.
Berita pagi ini, V. Sivakumnar berkata, dia akan meneruskan juga sidang tergempar esok, kerana dia pakar perlembagaan, tahu sidang itu boleh diadakan.
Saya kira, walaupun V.Sivakumar berjaya mengadakan sidang tergempar itu, namun sebarang keputusan dari sidang itu tidak memberi apa-apa guna kerana Sultan tidak memperakuinya dan kerajaan Perak akan menolaknya.
Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak itu, akan memungkin wujudnya keburukan dari kebaikan di negeri itu, maka, saya kira, tindakan perlu diambil oleh Kerajaan Negeri Perak, misalnya menggunakan 'mangga hikmat' pada pintu Dewan Undangan Negeri, kerana dewan itu milik kerajaan negeri dan di bawah kuasa Sultan.
Jika membaca tulisan saya ini, elok membaca tulisan saya semalam, mengenai perkara yang sama.




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.