Tuesday, March 24, 2009

INDIKASI AWAL DARI NAJIB

BERUBAH ATAU DIUBAH





Najib Tun Razak

Ada dua perkara mencuri perhatian yang dinyatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Dailog@1 dibawah tajuk ‘Berubah atau diubah’ di TV1 Ahad malam walaupun ia disentuhnya secara ringkas sahaja dalam rancangan selama sejam itu.Satu ialah mengenai barisan kabinetnya bila mengambilalih kepimpinan negara awal April nanti dan kedua tentang pindaan kepada perlembagaan UMNO.

Menyentuh hal berkenaan semasa dihujung rancangan itu Timbalan Perdana Menteri menjangka barisan kabinetnya kelak akan menentukan penerimaan rakyat pada kepimpinannya.

Beliau juga membayangkan barisan kabinet berkenaan akan berorientasi prestasi.

Apakah ini bermaksud Najib akan buat perubahan besar kepada barisan kabinet?

Ada pemerhati yang kuat meramalkan beliau akan mempersembahkan sedikit kelainan sebagai trademark era kepimpinnan.

Mengenai pindaan perlembagaan UMNO beliau menyentuhnya semasa memberitahu pada tahun ini akan ada dua Perhimpunan Agung UMNO.

Yang akan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini sebenarnya adalah perhimpunan tertangguh yang dijadualkan untuk 2008.

Pada hujung tahun ini aka nada satu lagi Perhimpunan Agung UMNO untuk 2009.

Katanya pada perhimpunan berkenaan UMNO akan meminda perlembagaannya.

Beliau tidak memberitahu perkara mana dalam perlembagaan yang nak dipinda.

"Kita perlu melakukan perubahan selepas ini kerana parti tidak mempunyai pilihan kerana kalau terus bersikap seperti sekarang UMNO akan ditolak oleh rakyat.

"Maknanya, pada masa ini rakyat bukan menolak UMNO dan mereka bukan hendak sangat pembangkang tetapi masih memerlukan parti ini. Tetapi mahu suara mereka didengari dan membuat perubahan," katanya.

Namun hal terbesar yang menjadi polimek kebelakangan ini ialah mengenai sistem pemilihan UMNO sekarang dimana kuasa memilih pimpinan utama hanya ada ditangan lebih 2,500 perwakilan sahaja.

Ia memberi ruang kepada amalan politik wang kerana jumlah perwakilan yang kecil.

Banyak pihak yang mencadangkan agar kuasa memilih itu diberi kepada semua ahli UMNO di seluruh negara atau paling tidak lebih ramai lagi perwakilan.

Ini dikatakan akan menyulitkan sesiapa hendak menyogok kerana jumlah perwakilan yang terlalu ramai selain memberi peluang semua ahli UMNO merasa mereka pun ada peranan dalam memilih pemimpin diperingkat pusat.

(Berita ini diambil dari Agenda Daily, 24 Mac 2009)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.