Monday, March 23, 2009

DR.MAHATHIR MOHAMAD

ZAMAN SUPER POWER BELIAU DISEBALIK KACA MATANYA.

MENITIS AIR MATA DI PANGKAL GETAH TUA

Oleh: Mokhtar Petah

Mahathir bin Mohamad

Dr. Mahathir Mohamad

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad , mengakui, beliau berani diri bercakap mengenai orang Melayu di negara ini, walaupun akan dituduh sebagai meniupkan api perkauman kerana, kerana kina rakyat negara ini sedang dilanda pelbagai masalah dan ancaman. Menurut beliau, jika orang Melayu tidak dibenar bercakap mengenai masalah dihadapi olehorang Melayu, mungkin mereka akan menjadi kaum yang terlucut hak di negara sendiri. Beliau berucap mengenai Masa Depan Pribumi Dalam Cabaraxn Politik Semasa, dalam Perhimpunan dan Sidang kemuncak Pribumi Perkasa Negara (PERKASA), di
Kuala Lumpur semalam. Kata beliau, “ …bahaya itu ada kebenarannya kerana orang Melayu sudah melihat tekanan dan penghinaan terhadap bangsa sendiri apabila mereka dijadikan minoriti di wilayah yang dulu adalah sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.” "Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan kerana orang lain, tetapi kerana orang Melayu sendiri yang suka membinasakan diri sendiri,”katanya. "Mereka tidak mahu merebut peluang yang disediakan bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil, peluang perniagaan diselewengkan, belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi mat rempit," kata beliau lagi.
Beliau menambah," …beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan salah lagi, …apa guna Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan, jika orang Melayu tidak mahu menggunakan peluang yang disediakan. Dr Mahathir Mohamad berkata, bahawa orang Melayu tidak suka dengar semua itu kerana malu, tetapi jika tidak disuarakan masalah berkenaan, ia tidak akan hilang dengan sendiri.

Turut hadir dalam perhimpunan itu, isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamed Ali dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Perkasa dipimpin oleh ahli Dewan Rakyat (bebas), Datuk Ibrahim Ali. Dr Mahathir berkata, orang Melayu tidak suka dengar semua itu kerana malu, tetapi jika tidak disuarakan masalah berkenaan, ia tidak akan hilang dengan sendiri. Saya meneliti sepanjang ucapan bekas negarawan kita itu, maka saya mendapat beliau seorang pemimpin yang kecewa kerana sepanjang zaman kepimpinan tidak mendapat sokongan dari kebanyakan orang Melayu atau ummah. Maka setiap kali beliau berucap kelihatan seperti seorang bapa yang kehilangan anak - anaknya dalam peperangan dan zaman super powernya di sebalik kaca matanya. Dalam buku saya, Dr. Mahathir Dan Masa Depan Negara (1981), saya telah menuis kira - kira, … dalam dunia ini telalu sediki orang berkelulusan doktor (rawat dan ubat orang) menjadi Perdana Menteri, maka, Dr. Mahathir Mohamad akan memerintah negara ini sebeperti doktor bedah. Sepanjang kekuasaan beliau, tindak tandukbeliau seperti doctor bedah. Patah, benagkak dan sebagainya, potong. Raja - Raja Melayu terhapus immunity (kebal), Anwar Ibrahim menjadi mangsa dan hakim - hakim menjadi seperti arnab tercekik biji nangka. Pada zaman beliau memerintah, terdapat ada ‘kekerasan’ menggunakan kuasa, maka keadaan orang yang bekerja di bawahnya seperti orang - orang berjalan malam takutkan hantu. Beliau banyak menyalahkan orang Melayu, termasuk ‘orang Melayu mudah lupa’ dan sebagainya, tetapi beliau menjadi pemimpin yang tidak berjaya menyatukan orang Melayu dan ummah disebabkan karena beliau sendiri. Pada masa beliau berkuasa, saya mendapati golongan Melayu warga DEB - mereka yang mendapat peluang dari pertolongan beliau dalam Dasar Ekonomi baru menjadi orang Melayu kelas atasan. Sentiasa mengelilingi dan mengekori beliau ke mana - mana. Manakala orang Melayu yang hidup kais pagi makan pagi ataua makan sambal telunjuk berdiri, sukar mendapat pertolongan dari beliau (orang - orang bawahan beliau). Kemana - mana jabatan kerajaan dating menagih projek atau habuan, pegawai - pegawai bertanya, “ kalau saya beri apa yang saya dapat?”. Dua tiga orang kontraktor Melayu bertaraf rendah telah datang meminta pertolongan dari beberapa pegawai di Kementerian Kewangan, mereka pulang membawa kehampaan. Ada seorang berdua kena marah dan kena halau. Perkara itu tentulah Dr. Mahathir Mohamad tidak mengetahui, tetapi inilah hakikatnya, sebilangan pegawai di bawah kerajaan yang dipimpin beliau mengabaikan tanggungjawab dan amanah hingga menyebabkan sebilangan peniaga dan pengusaha Melayu ketinggalan atau tidak berpeluang merebut sumber rezeki dari Dasar Ekonomi Baru. Dalam buku saya, Terima Kasih Dr. Mahathir , saya telah menulis di dalamnya pendapat seorang pegawai di Dwewan Bahasa dan Pustaka yang menjadi perunjding, iaitu kira - kira, Dr Mahathir Mohamada teremasuk golongan pemimpin yang gila - gila (minta maaf, bukan gila). Orang yang gila-gila kalau ada wang, berkuasa dan mendapat sokongan orang ramai, dia akan berjaya melaksanakan kerja luar biasanaya, ia itu yang tiudak terfikir oleh orang yang tidak gila - gila. Kerana itulah, Dr. Mahathir Mohamad berjaya dalam membangunkan Malaysia. Menjadikan Malaysia sebuah negara yang nampak kaya raya. Mewah. Tetapi di kampung - kampung yang jauh dari Felda, Risda dan Felcra, ramai warganya seperti berikut ini:

Menitis air manta di pangkal getah tua,

susunya meleleh laksana hingus.

Meratap di sawah padi,

sawah sekangkang kera,

padi tidak menjadi.

Menelan air mata di ruang perahu,

kerana ikan mati diracun dituba.

Melayu tidak malas,

kerja rajin siang malam,

tetapi mereka laksana kura -kura,

ditinjggal dan tertinggal.

Angkara pemimpin dan pemegang amanh,.

tidak kenal derita mereka,

jauh bezsanya kiju dan budu.

Melayu murba hidup derita,

kenal antah dan melukut,

nasib melukut di tepi gantang.

(Habis)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.