Saturday, March 21, 2009

BIDANG KUASA RAJA MELAYU

BIDANG KUASA RAJA MELAYU

Artikel Raja Tun Azlan Shah

(Sambungan semalam)

Pilihan raya umum diadakan pada 22 April 1982. Barisan Nasional memenangi 31 daripada 33 kerusi Dewan Undangan Negeri. Datuk Haji Ahmad Razali telah dicalonkan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru. Laporan itu juga menyebut bahawa Sultan terpaksa memutuskan sama ada menerima atau menolak pencalonan ini dan dengan menyebut sumber UMNO terus berkata bahawa tidak mungkin sekali Sultan akan menolak penclaonan itu kerana hubungan rapat Datuk Haji Ahmad Razali dengan Sultan.

Laporan itu juga mneyebut bahawa Datuk Haji Harun Idris, pengarah pilihan raya Barisan Nasionjal Selangor sebagai berkata yang ahli - ahli Dewan Negeri telah sebulat suara bersetuju dengan pencalonan Datuk Ahmad Razali dan dia (Datuk Haji Harun) akan menyembahkan cama calon itu kepada Sultan esoknya. ’Datuk Harun juga berkata yang beliau tidak akan dapat memastikan sama ada Sultan akan menerima atau menolak cadangan itu kerana keputusan itu adalah hak Sultan.’ Berita itu dilaporkan juga oleh televisyen Malaysia, sebuah agensi kerajaan.

Sultan Selangor dukacita disebabkan berita televisyen itu kerana ia media massa kerajaan. Baginda membatalkan pertemuan dengan Datuk Haji Harun. Setiausaha Kerajaan Negeri memberitahu akhbar bahawa Sultan akan bercuti di Australia pada esoknya dan akan hanya menyelesaikan soal perlantikan Menteri Besar itu bila Baginda pulang. ’Beliau (Setiausaha Kerajaan Negeri) tidak memberitahu bila Sultan akan pulang.’

MENGHADAP SULTAN

Pada pukul 10.30 pagi esoknya, pada berita hari kemurkaan Sultan dilaporkan (27 April 1982), Perdana Menteri menghadap Sultan. Di pertemuan itu, Sultan berkenan melantik Datuk Haji Razali menjadi Menteri Besar. Mengikut Setisuaha Kerajaan selepas pertemuan Baginda dengan Perdana Menteri, Sultan ’ kelihatan gembira.’

Dari peristiwa ini, perlu dicatatkan, bahawa, pertamanya, ada semacam kekeliruan di pihak Datuk Haji Harun mengenai ’hak’ Sultan dalam soal perlantikan Menteri Besar. Bagaimanapun, Sultan tidak bebas untuk melantik sesiapa saja yang disukai Baginda. Menteri Besar mesti seorang ahli Dewan Undangan Negeri yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan sebahagian besar ahli-ahli Dewan.Bila parti yang mememangi sebahagian besar kerusi dalam pilihan raya umum memutuskan untuk mencalon seorang daripada ahlinya menJadi Menteri Besar, Raja pada hemat saya, tidak mempunyai hak budibicara kecuali melantiknya. Jika kehendan parti ditolak dan sebaliknya Raja melantik seorang ahli lain yang tidak mendapat kepercayaan sebahagian besar ahli Dewan, calon itu mungkin menghadapi undi tidak percaya terhadapnya dan dalam keadaan ini Raja terpaksa melantik seorang ahli lain atau membubarkan Dewan.

Kedua, wujudnya ’hubungan rapat’ antara Sultan dengan calon tidak penting. Perkara ini bukan faktor yang perlu dipertimbangkan. Satu - satunya pertimbangan ialah sama ada calon itu mempunyai kemungkinan untuk mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli - ahli Dewan.

Ketiga, tidak ada salahnya bagi akhbar atau media massa yang dikuasia oleh kerajaan melaporkan keputusan parti.

KEPUTUSAN PARTI

Bagaimanapun, nampaknya sebab sebenar di sebalik kemurkaan Duli Yang Maha Mulia ialah keputusan parti untuk menghantar Datuk Haji Haru bagi menyembah nama calon kepada Baginda. Walaupun Datuk Haji Harun ialah salah seorang Naib Presiden UMNO, beliau tidak memegang jawatan dalam kerajaan. Tentulah lebih tertib dan bersopan jikalau Menteri Besar ketika itu atau Perdana Menteri atau Timbalannya yang menghadap Sultan untuk menyembahkan nama Menteri Besar baru seperti yang dilakukan oleh negeri - negeri lain.

Nasib baik Perdana Menteri cdepat brtindak untjuk mengatasi masalah salah faham itu.

Yang Dipertuan Agong boleh juga bertindak mengikut budibicaranya, untuk menahan perkenan atas permintaan untuk membubarkan Parlimen. Raja Raja di negeri - negeri Melayu mempunyai hak budibicara yang serupa dalam soal pembubaran Dewan Undangan Negeri.

(Tamat)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.