HORMATI PERLELBAGAAN NEGARA
“Sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan mustahak diterangkan kepada generasi muda rakyat
“Generasi muda adalah pelapis dan harapan bangsa dan negara Malaysia pada masa depan, maka Prinsip-prinsip Rukun Negara perlulah difahami dan diamalkan oleh segenap lapisan rakyat,” titah baginda lagi.
Baginda bertiatah demikian pada ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 , di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Menurut Seri Paduka, walaupun Negara telah 51 tahun merdeka, tetapi baginda dukacita kerana masalah perkauman dilahirkan oleh fikiran sempit dibangkitkan oleh pihak – pihak tertentu dan menjadi perdebatan di kalangana orang ramai.
Baginda menegaskan, bahawa Baginjda tidka akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan pecahbelah di kalangan rakyat demi mengawal keharmonian kaum dan keamanan negara terus kekal.
Dalam titah rasmi itu, baginda secara terus terang secara terus terang mnegaskan rasa dukacita baginda terhadap sikap dan perilaku tidak baik sesetengah ahli ahli Dewan Rakyat pada sesi persidangan yang lalu.
Baginda bertitah perilaku tidak baik oleh sesetengah anggota Dewsan Rakyat pada masa sesi persidangan mengakibatkan imej negatif kepada diri mereka sebagai wakil rakyat dan turut memberi impak kepada Negara kita.
Baginda mengingatkan semua ahli Dewan Rakyat sama sda dari pihak kerajaan mahupoun pihak pembangkang agar menghormati dan mematuhi peraturan Dewan Rakyat.
Yang Dipertuang agong juga telah menyeru semua golongan rakyat dengan tidak mengira fahaman politik dan kaum supaya bekerjasama untuk memajukan negara ini.
Baginda menasihatkan semua pihak dan parti-parti politik supaya mengamalkan kebijaksanaan dan tidak melakukan sebarang tindakan yang akan menjejaskan keharmonian dan pembangunan Negara – Noor Iskandar.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.