Saturday, February 28, 2009

SAJAK

MAC BULAN DUKA

(Untuk Abdullah Badawi dan semua rakyat Malaysia)

Mac bulan duka,

Kita menelan madah sendiri,

Air mata laksana banjir melanda darat,

Hati kita, hati rakyat sedih duka.


Mac bulan duka,

Menapak putra melepas beban,

Tinggallah rakyat meraung kasih,

Hati menilai jasa dan bakti.


Mac bulan duka,

Pergi pemimpin bukannya rajuk,

Walau pujuk dan rayu,

Lasngkahnya direda Tuhan.


Mac bulan sejarah,

Yang kasih meratap tangis,

Air mata laksana darah,

Yang benci ketawa mengocah maya.


Mac bulan duka,

Walau jasanya sebesar zarah,

Rakyat tanpa hidayat nampaknya tidak,

Nilaian Allah amat saksama,

Hidupnya berkat dalam hidayat.


Mac bulan duka,

Adakah lagi suara keramat,

“Quran dan Sunnah jadi pedoman;

... bekerja bukan untuk saya.”


Mac bulan duka,

Tuhan menentukan segala,

Patah tumbuh hilang berganti,

Mungkinkan delima bertunas dendalu.


Mac bulan duka,

Jika delima bertunas dendalu,

“Sama,” kata si buta tongkatkannya akar,

Namu pendeta tidurnya resah.


Teluk Kemang ............................. Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.