Tuesday, February 24, 2009

QURAN

ATURAN ALLAH

Disebabkan kesombongannya di muka bumi ini dan rancangan jahat. Dan rancangan jahat itu hanyalah akan menimpa orang yang mempunyai rancangan itu sendiri. Maka tidaklah yang mereka nanti hanya aturan tetap yang telah berlaku terhadap orang - orang purbakala (hukuman Allah ke atas mereka yang melakukan kejahatan dan menentang Allah dan rasul – rasul - Nya, seperti banjir besar, rebut dan sebagainya), dan kamu tidak akan mendapati agturan Allah itu berubah, dan kamu tudak akan medapati aturan Allah itu menyimpang. - Fathir: 43

HADIS

BERBUAT KEBAIKAN

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Orang mukmin tidak akan (berasa) kenyang berbuat kebaikan hingga sampai ke puncaknya dia masuk ke syurga.

- Perawi: At Tirmizi

PETUA

MARAH

Jika anda melihat seseorang alim sedang marah hingga berang, sebaik- baiknya anda diam sahaja, kerana pada ketika itu dia sedang renggan dari Allah; hanya Allah yang dapat memberi petunjuk dan melembutkan hatinya.

Jangan maki hamun orang Alim, kerana dalam hati dan otaknya banyak ayat Quran. Jika anda memaki hamun orang Alim, dia tidak mendapat apa - apa kemurkan dari Allah, sebaliknya anda sendiri akan ditimpa bala oleh Allah.

Di antara bala: 1 . Suka mendapat rezeki, 2 . Perniagaan atau perusahaan megalami kerugian (mungkin jadi muflis), 3 . Penyakit keronik, 4 . Sasau atau gila.

- Allahyarham Haji Mat Saman Kati.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.