Monday, February 16, 2009

QURAN

MEMIKUL AMANAH

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan amanah (tanggungjawab) kepada langint, bumi dan gunung ganang, tetapi mereka enggan untuk memikulnya dan takut terhadap itu, sedang manusia mahu memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat tidak jujur dan amat bodohnya. – Al Ahzab: 72

Catatan: Para ahli tafsir Quran berpendapat mengenai amanah, iaitu tanggungjawab sebagai khlaifah, raja memerintah, presiden, perdana menteri dan mereks yang memegang kuasa dalam sesbuah kerajaan.

HADIS

KURNIAAN ALLAH

Tidak boleh menginginkan kepunyaan orang lain, melainkan dua macam. Orang yang dikurnia kekeyaan oleh Allah, maka digunakan untuk membela hak kebenaran. Dan orang yang dikurniakan hikmah (ilmu pengetahuan), maka diajarkan kepada semua orang.

Perawi:Imam Bukhari dan Imam Muslim.

PETUA

TAATKAN RAJA

Selagi Raja yang memerintah kita itu mentaati Allah, menjalankan hukum Allah dan adil , maka rakyat mesti mentaatinya. Jika Raja tidak mentaati Allah, tidak menjalankan hukum Allah dan zalim, maka sanggahilah. Selagi manusia bermaruah manusia, maka taat membabi buta adalah kehinaan yang besar.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.