BERSIKAP JUJUR
Allah tidak melarang kalian berbuat kebaikan dan bersikap jujur terhadap mereka yang tidak nmemerangi kalian keran agama dan mengusir kalian dari kampung halaman kalian. Sesunguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang jujur.
Hanya Allah melarang kalian (melakukan kebaikan) terhadap mereka yang memerangi kalian kerana agama (Islam) dan mengusir kalian dari kampung halaman kerana agama (Islam) dan membantu orang lain mengusir kalian, mengambil mereka nenjadi pemimpin. Dan siapa mengambil mereka menjadi pemimpin, mereka itu orang-orang yang zalim. – Al Muntahanah: 8,9.
HADIA
ORANG BERIMAN
Orang yang beriman itu sentiasa dalam kelapangan, selagi dia tidak melakukan pertumpahan darah yang terlarang.
- Perawi: Ibnu ‘Umar (sb).
PETUA
Setiap orang mukmin dan mukminat menegakkan kebegenaran. Jika kebenaran itu dari seorang pengemis di kaki lima sekalipun patut diikuti, tetapi kalau kesalahan dilakukan oleh pemimpin atau Sultan, maka wajib disanggah. Orang yang paling jahil dan tipis imannya, ialah yang mengikut seseorang dan kumpulan dengan membabi buta.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.