RAKAN KOP
KERJASAMA MEMARANGI JENAYAH
Kejayaan Polis Diraja Malaysia menubuhkan Rakan Cop ada hasil dari keintelektualan dan amalan profesionalisme di kalangan para pegawai tinggi polis negara ini dan menghasilkan kejayaan mengekalkan keamanan.
Dalam negara yang mempunyai rakyat yang terdiri dari berbagai keturunan dan berbagai bangsa pendatang baru, perlu ada semangat kerjasama orang ramai dengan polis dan pendeknya semua lapisan rakyat menjadi ‘mata dan telinga polis’.
Satu hasil cemerlang dari kerjasama orang ramai dengan polis, ialah kejayaan polis menumpaskan Geng Disko, di di sekita Kajang, Jumaat lalu.
Berita yang diambil dari Berita Harian hari ini seperti berikut adalah mengembirakan orang ramai dan menjadikan mereka menggantungk harapan sepenuhnya kepada polis untuk mengekalkan keamanan di negara ini.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur,Asisten Komisioner, Aziz Zakaria memberitahu para wartawan, bahawa kejayaan tersebut hasil dari intipan dua bulan dan ‘maklumat orang awam’.
‘Geng Disko’ tumpasOleh Petah Wazzan Iskandar
|
Untuk panduan orang ramai, berikut ini kami menyiarkan keterangan mengenai Rakan Cop yang dikeluarkan oleh Rakan Kop Selangor.
RAKAN COP.
Adalah bererti rakan polis. Ia merupakan wadah bagi merealisasikan hasrat untuk menjalin hubungan yang kukuh antara polis dan masyarakat bagi mewujudkan ‘Bandar Selamat’ dengan menggunakan slogan ‘Bersama Memerangi jnayah’
Pendekatan yang diambil adalah mudah dan priktikal, dengan menggunakan kemudahan telekomunikasi terkini iaitu perkhidmatan telefon (hotline, SMS dan MMS) dan komputer (e-mail dan website) seabgai medium perantgara untuk memudahkan interaksi dua hala antara polis dan orang ramai. Medium perantara ini ditempatkan di Pusat Kawalan Kontijen (CCC) yang beroprasi 24 jam dan bertindak sebagai nadi yang memantau dan menguruskan maklumat serta menggerakkan tenaga polis untuk memberikan perkhidsmatan pantas dalam apa jua situasi.
KONSEP RAKAN COP
* Bersifat ‘Community Oriented Policing’ dan ‘Samrt
Partnership’.
* Menggalakkan kerjasama dan pembabitan setiap lapisan
masyarakat sama ada dari agensi kerajaan dan swasta,
pertubuhan bukan kerajaan dan orang-orang perseorangan bagi
membantu polis memerangi jenayah dan lain-lain masalah
keselamatan dengan menyalurkan maklumat tepat dan pantas.
* Memberi ‘empowermen’ secara tidak langsung kepada orang
ramai agar dapatmemainkan peranan yang lebih aktif dan positif
dalam menjaga keselamatan setempat, kurang bergantung
kepada polis dan sekaligus dapat mewujudkan perasaan dan
budaya ‘tanggungjawab bersama’ (shared responsibility) antara
kedua belah pihak (orang ramai dan polis).
. Respon pantas polis akan meningkatkan keyakinan orang ramai
terhadap kewibawaan polis dan sekaligus kehadiran polis dapat
dirasai.
(Tamat)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.