[Berikut ini adalah sambungan Kesedaran Mencegah jenayah oleh Yayasan Pencegahan Jenayah
BERHIBUR DENGAN SELAMAT DAN BERHATI - HATI
* Jangan keluar bersendirian dan saling berjaga bila anda
keluar dengan rakan.
* Janagan tinggalkan minuman anda. Dadah boleh larut dalam
minuman yang beralkohol dan juga dalam minuman yang
beralkohol.
* Jangan berkongsi minuman.
* Jangan minum minuman keras jika tahu anda senang mabuk.
* Jangan mengambil minuman dari orang yang tidak dikenali.
* Janganmenumpanjgdenganorang yang baru anda kenali,
walaupun dia seorang wanita.
KESEDARAN BERKAITAN KENDERAAN
* Letak kereta di tempat yang cerah.
* Sentiasa kunci kereta anda – kunci kereta sejurus masuk dan
keluar dari kereta.
* Lihat kelilkinbg dan belakang kereta anda sebelum masuk.
* Jangan menumpang dan tumpang kereta orang yang tidak
dikenali.
* Dapatkan pegawai keselamatan untuk menemani anda bila
perlu.
PERKARA YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU
Bagaimana menghadapai keadaan cubaan rogol? Gunakan akal fikiran yang logik. Keutamakan keselamatan anda terdahulu.
*
orang ramai supaya pejenayah tidak mengikuti anda.
* Bercakap dan menunggu masa auntuk melarikan diri.
* Jika perogol bersenjata, lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan
diri.
* Jika anda bercadang untuk melawan balik, bertindak dengan pantas.
Tumpukan pada bahagian mata dan alat suloit pejanayah.
LAPORKAN KES ROGOL
* Buat laporan ke atas sebarang kes rogol atau penderaan seksual
kepada polis ataupusat sokongan rogol segera.
* Simpan segala bokti. Jangan bersihkan diri sehingga mendapat
arahan pihak polis dan kaunselor.
* Segera prig ke pusat kecemsan atau kelinik untuk pemeriksaan
lanjut.
* Jangan pergi seorang diri. Ajak rakan atau ahli keluarga pergi
bersama atau hubungi pusat sokongan atau kaunselor sekolah.
* Dapatkan khidmat kaunseling untuk mengawal perasaan marah,
kurang upaya, takut an malu akibat kejadian rogol. Adalah baik jika
meluahkan perasaan pada seseorang untuk melepaskan tekanan
perasaan.
* Ingast, kejadian rogol bukan salah anda. Jangan rasa bersalah
menjadi mangsa rogol.
JIKA ORANG YANG ANDA KENALI MENJADI MANGSA
ROGOL
* Buat laporan polis dengan segera.
* Percaya dan jangan salahkan mangsa.
* Beri sokongan, bersabar dan simpati untuk menolong mangsa
melalui tempoh tersebut.
(bersambung ke minggu depan).
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.