Saturday, January 24, 2009

YANG DIPERTUAN AGONG:

TENTER MESTI BERILMU

Kuala Lumpur - Yang Dipertuan Agong,Sultan Mizan Zainal Abidin menyru semua anggota tentera Malaysia mesti melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan untuk menjamin kekuatan mempertahankan negara.

"Kekuatan ketenteraan sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada keupayaan persenjataan semata-mata, tetapi memerlukan pegawai dan anggota yang mampu mengendalikan tugas dengan cekap," titah Baginda.

"setiap warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mesti melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu penetahuan yang tinggi supaya dapat berbakti dengan lebih bermakna," titah Baginda lagi.

“Dalam situasi negara yang sedang pesat membangun terutama sekali organisasi seperti Angkatan Tentera Malaysia yang sedang menjalani proses permodenan, warga Angkatan Tentera Malaysia mesti sedar bahawa kepentingan ilmu dan kebijaksanaan amatlah diperlukan,"tambah Baginmda.

Baginda bertitah pada Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Taualiah Pegawai Kedet Tauliah Jangka Pendek ke -72, di Kolej Tentera Darat, Sungai Besi, di sini, pada hari ini.

Menurut Baginda,kebijaksanaan amat diperlukan dalam mengendalikan peralatan dan sistem yang penting dalam ketenteraan, sekali gus dapat menghalang ancaman dari luar negara.
Baginda berharap setiap anggota Angkatan Tentera Malaysia dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan untuk memperkuatkan pertahanan ledaulatan negara bagi menjamin keselamatan bangsa dan agama Islam.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.